Posts

Showing posts from October, 2011

Bijak Wang Bersama Dr Niki Shuhada Shukor

Image
Salam hormat kepada anda. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini.
Pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda video perkongsian daripada seorang pakar kewangan bernama Dr Niki Shuhada Shukor. Saya suka cara penyampaiannya yang jelas dan mudah difahami. Melihat dari cara penyampaiannya sahaja membuktikan bahawa kesedaran tentang pentingnya mengurus wang dengan cara yang bijak perlu ditekankan kepada semua orang.
Saya letakkan ketiga-tiga bahagian rakaman suara ketika ke udara di saluran Radio 24 yang bertajuk "Bijak Wang". Semoga ia bermanfaat kepada anda.
Part 1


Part 2




Part 3



Cara Letak Kode Untuk Harga Petrol Dan Emas Terkini Dunia

Image
Salam hormat kepada pengunjung blog ini. Di sini saya ingin berkongsi  kepada anda cara-cara untuk meletakkan widget harga terkini petrol dan emas ke dalam blog anda. Khas kepada mereka yang menggunakan blogger.com sahaja.
Anda boleh tentukan sendiri posisi mana untuk anda meletakkan widget seperti di bawah ini.


To get live <a href="http://www.oil-price.net/dashboard.php?lang=en#COMMODITIES">gold, oil and commodity price</a>, please enable Javascript.<br />

Harga pasaran untuk produk komuniti dunia ini sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa. Berikut adalah cara-caranya.

Langkah 1
Sila layari laman web oil-price.net

Langkah 2
Cari widget yang anda fikir sesuai untuk anda dimasukkan ke dalam websit…

Jimatkan Wang Sambil Bijak Berbelanja

Image
Adakah anda sedar bahawa setiap minggu di kedai-kedai runcit dan kedai perkakas naik beberapa sen setiap kali membeli-belah ? Walaupun naik tu taklah banyak ... hanya beberapa sen setiap minggu dan mereka akan terus naikkan harga dari masa ke semasa tanpa kita sedari.
Tambahan pula jika barangan keperluan yang ditentukan harganya mengikut pasaran dunia. Lihatlah harga petrol itu sendiri kerana ia berkaitan dengan hal ehwal dunia kan.
Terdapat satu cara untuk kita masih lagi tetap berbelanja walaupun dengan kenaikan harga ini tanpa memberi kesan kepada kewangan peribadi yang terlalu banyak iaitu dengan cara membeli dalam kuantiti dan mencari harga barangan yang kita rasa munasabah untuk dibeli.
Sediakan beberapa ruang di rumah anda untuk meyimpan barang yang kerap digunakan. Produk-produk seperti bijirin, gula, garam, tepung, beras dan seumpamanya perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara dan mengelakkan serangga dan tikus tidak boleh masuk ke dalamnya.
Kemudian tetapkan diri ketika berb…

Kenapa Saya Patut Bajet Wang ?

Image
Pernahkah anda berkata bahawa anda tahu ke mana perginya wang yang telah anda belanjakan dan anda berfikiran tak perlu merekod perbelanjaan ? Saya ingin mencabar anda supaya mengingati setiap sen yang anda telah belanjakan dalam masa sebulan.
Anda akan terperanjat dengan apa yang dibelanjakan. Sebagai contoh anda ambil jumlah yang telah dibelanjakan ke atas salah satu item yang tidak perlu bagi bulan itu, ia akan bertambah selama 12 bulan dalam masa setahun dan dikalikan pula dengan 5 untuk mewakili 5 tahun.
Hasilnya adalah berapa banyak sepatutnya anda dapat simpan dan keuntungan yang sepatutnya anda perolehi dalam masa lima tahun. Disebabkan itulah kita semua memerlukan perancangan untuk bajet wang.
Jika kita boleh mengawal perbelanjaan kita yang  kecil dalam kehidupan kita, insyaallah kita dapat menikmati kejayaan dalam kewangan.
Antara perkara kecil yang boleh dilakukan pengiraan sebagai contoh anda memotong apa yang anda belanjakan untuk makan tengah hari daripada RM5 kepada RM3 seha…

Asas Penjimatan Wang

Image
Pada pandangan saya "WANG" dalam era ini adalah sebagai "Keperluan terbaik yang melanda kehidupan harian". Kehidupan lebih cenderung kepada mustahil atau sukar diteruskan tanpa wang. Wang adalah penting untuk meneruskan kehidupan. Pernah saya terdengar seseorang berkata "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Saya terfikir juga "Kenapa ulat yang perlu disamakan dengan manusia yang mempunyai aqal dan fikiran ?" Adakah Allah sengaja memilih kita sebagai khalifah dimuka bumi yang luas ini ? Baiklah saudara-saudari pembaca, bukan topik ulat dalam batu yang saya ingin kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah garis panduan yang berkesan untuk asas menyimpan wang.
Pengurusan kewangan jarang dianggap penting oleh kebanyakan orang. Ramai di antara kita hari ini harus dinasihati agar perlu berhati-hati ketika melakukan perbelanjaan. Ini adalah kerana harga pasaran sekarang melambung tinggi dengan kos kehidupan yang membebankan dan pendapatan yang diperol…

Hutang Kad Kredit..3 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Image
Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang terlalu banyak. Kita dah banyak mendengarkannya sebelum ini kan ? Memiliki hutang kad kredit yang terlalu banyak boleh menyebabkan hidup kita menjadi tertekan jika tidak dapat menyelesaikannya. Mengikut laporan daripada Berita Harian Online dalam laporannya yang bertarikh pada 24 July 2010 menyatakan 10 juta pengguna kad kredit dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM24.4 billion. Ini amat merisaukan kita semua walaupun ia laporan dari tahun lepas. Untuk membaca laporan penuh berita tersebut sila klik di sini.
Bagaimanapun saya berharap ia tidaklah sampai pihak pemiutang menfailkan bankrap kepada kita. Satu perkara yang perlu anda ingati adalah pihak pemiutang sebenarnya sangat bersedia untuk bekerjasama dengan anda. Pada pandangan mereka adalah lebih baik ada pembayaran dilakukan daripada pihak penghutang daripada tidak membayar lansung. Betul tak ? Jadi pada post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 3 langkah bagaimana u…

Update di FB