Wednesday 6 June 2012

Taktik Baru Ah Long...kenapa yer ?

Banyak kisah yang kita ketahui umum menerusi media cetak dan sebagainya tentang permainan yang dimainkan oleh Ah Long ataupun dipanggil dalam bahasa inggeris disebut Loan Shark. Namanya pun dah jerung maka perlu difahami lah konsep terkam mangsa asal boleh.

Pelbagai kempen dan operasi telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk menentang aktiviti Ah Long ni. Namun ada sahaja mangsa yang telah tertipu dengan mereka. Namum harus diingat seligat mana kita menentang aktiviti Ah Long, makin licik cara mereka melakukan promosi.

Bagi mereka yang penting adalah untuk mendapatkan mangsa untuk dijadikan umpan kerakusan mereka yang menekan penghutang dengan kadar interest yang teramat tinggi. Ada juga yang saya kira sehingga 150% dari wang pinjaman yang dilakukan. 

Kita lihat sendiri bagaimana mereka melakukan promosi seperti menampal iklan sesuka hati mereka di tiang-tiang lampu isyarat, pondok telefon, perhentian bas, sub station untuk TNB dan sebagainya. Saya yakin anda pasti sedar dengan iklan seperti "PINJAM RM10,000, DAPAT RM10,000". Mau tak berpinar mata bila baca iklan macam ni. Kalau yang terdesak dan memang sangat memerlukan wang, maka tindakan meminjam dengan Loan Shark menjadi pilihan. Bank pun tak boleh bagi pinjaman seperti itu.


Mereka tahu tentang kempen pembersihan iklan Ah Long ni jadi mereka mencari jalan alternatif lain.
Selepas iklan secara terbuka mereka digempur pihak berkuasa, sindiket itu kini lebih cermat mengedar risalah dan iklan pinjaman wang itu untuk terus memerangkap mangsa.

Mereka kini menggunakan surat yang lengkap dengan alamat syarikat tertentu untuk mengedar iklan perkhidmatan melalui pos.

Sindiket juga dipercayai menawarkan pinjaman mudah dengan menyasarkan golongan peniaga dan pemilik syarikat sebagai sasaran. Kita baca kisah seorang mangsa yang juga sebagai pengurus sebuah syarikat di Jalan Beserah di sini yang mahu dikenali sebagai Shima, 36 berkata, dia menerima sepucuk surat berisi iklan pinjaman wang mudah yang dialamatkan ke pejabatnya.
Menurutnya, surat bersampul putih itu sama dengan surat-surat lain yang diterima pejabatnya bagaimanapun atas nama ‘pengurus’ dan bukan namanya.

“Saya dapati kandungan surat itu adalah iklan pinjaman wang mudah yang dihantar seorang agen lengkap dengan nombor telefon untuk dihubungi.

“Saya terus asingkan surat ‘sampah’ itu bagaimanapun tiba-tiba terdetik untuk mencuba menghubungi nombor yang tertera bagi mengetahui secara lebih lanjut muslihat mereka,” katanya.

Shima berkata, seperti kandungan iklan yang tertera, lelaki yang menjawab panggilan memberitahu syarikatnya sedia untuk membantu pemilik syarikat dan peniaga dengan menawarkan pinjaman mudah bagi membesarkan peniagaan masing-masing.

“Lelaki itu memberitahu mereka dari syarikat perunding kewangan namun turut menyediakan perkhidmatan pinjaman wang atau modal kepada peniaga yang berminat untuk membuka atau membesarkan perniagaan.

“Pada masa yang sama, saya diberitahu, syarikat itu telah berjaya membantu ramai peniaga dan pengusaha syarikat mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Dia berkata, antara tawaran yang dijanjikan termasuk, kadar faedah yang rendah dan boleh dirundingkan, mudah, kelulusan segera, tidak memerlukan banyak dokumen, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan banyak faedah lain yang akan dinikmati peminjam.

“Saya cuba mendapatkan alamat syarikat tersebut tetapi lelaki itu mengelak namun mendakwa perkhidmatan yang disediakan itu sah dan berlesen.

“Saya agak curiga memandangkan iklan dalam bahasa Inggeris dan Cina itu hanya dicetak atas kertas A4 tanpa sebarang nama atau nombor pendaftaran syarikat,” katanya.

Menurutnya, dia terpanggil untuk berkongsi isu itu kerana percaya ramai lagi yang turut menerima iklan tersebut.

“Tawaran pinjaman yang disediakan amat menarik dan boleh memperdaya peminjam terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah,” katanya.
Sumber rujukan dari Sinar Harian


Panduan berniaga di rumah sebagai cadangan produk - Sila KLIK SINI !