Saturday 12 January 2013

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

Ramai dikalangan mereka yang baru memulakan pekerjaan menghadapi masalah untuk menyimpan wang. Gaji setiap bulan habis dibelanjakan tanpa mengetahui di mana wang telah dibelanjakan. Bila dicongak lepas bayar rumah sewa, bil handphone, beri pada mak dan abah dan sebagainya, ia habis bila sampai hujung bulan. Ia juga terjadi pada diri saya ketika saya mula-mula memulakan pekerjaan pada tahun 1999.

Kesedaran mula timbul untuk mula menabung dan mula menyimpan secara potongan gaji setelah mendapat nasihat daripada mak saya dan ia saya lakukan selepas saya bekerja selama 4 tahun. Ia satu jangka masa yang agak lama sebenarnya. Mak saya berpesan tak kisahlah berapa banyak wang yang akan disimpan sebulan, janji kita ada membuat menyimpan. Pakar kewangan mengesyorkan agar menyimpan 10% daripada hasil pendapatan bulanan kita secara tetap sebelum kita mencongak untuk perbelanjaan dan bayaran lain.

Alhamdulillah berkat nasihat dari mak saya, simpanan semakin bertambah hasil dari potogan gaji tu. Yelah...tanpa disedari wang kita secara automatik bertambah dari bulan ke bulan. Jika anda seorang usahawan separuh masa ataupun sepenuh masa lagi lah perlu secara istiqamah mengamalkan sikap menyimpan wang hasil daripada keuntungan perniagaan anda. Saya cadangkan anda buka akaun simpanan berlainan antara gaji anda dan keuntungan perniagaan anda. Itu satu tips tak seberapa dari saya.

Baiklah...untuk post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kepentingan mengamalkan sikap menabung. Manalah tahu ia akan mengubah persepsi anda dan mula membuka minda anda untuk mula menyimpan wang demi masa depan yang baik.

Sunday 6 January 2013

Di mana Anda Akan Lakukan Pelaburan ?


Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Kali ini saya ingin kongsikan maklumat ringkas tentang pelaburan yang harus anda lakukan. Perbanyakkan ilmu tentang pelaburan dengan membaca buku-buku, majalah, surat khabar dan sebagainya untuk anda menentukan pelaburan yang betul dan tepat. Ilmu tentang pelaburan ni perlulah diperhalusi serta merujuk pakar-pakar pelaburan yang sah. 

Terdapat beberapa jenis pelaburan dan ini menjadi faktor yang menentukan di mana harus anda melaburkan wang anda.

Sudah tentulah faktor yang perlu difikirkan sebelum membuat pelaburan adalah membuat penyelidikan tentang pelaburan yang anda ingin lakukan, mempertimbangkan risiko yang mungkin dihadapi, dan menentukan gaya pelaburan yang menepati matlamat kewangan anda.

Jika anda ingin membeli sebuah kereta, anda akan melakukan sedikit kajian tentang kereta tersebut sebelum anda membelinya bukan. Anda tidak akan membeli kereta tersebut selagi mana anda tidak melihat sedalam-dalamnya serta tidak memandu uji kereta yang ingin anda beli. Konsep pelaburan juga sama seperti ini. Anda faham maksud saya bukan ?

Wednesday 2 January 2013

Majlis Fatwa : Syarat-Syarat Pelaburan Emas

Salam hormat dan alhamdulillah sebab masih lagi mampu berkongsi ilmu kepada pembaca blog yang berkunjung secara langsung ataupun secara tidak langsung. Baiklah...mutahkhir ini ramai yang memperkatakan tentang pelaburan emas dan hukum menurut agama Islam. Sejujurnya saya tidak mahir dalam pelaburan emas dan seangkatan dengannya, cuma rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah keputusannya...