Sunday 26 January 2014

Pembiayaan Semula Perumahan Satu Langkah Bijak


Pembiayaan semula perumahan adalah pilihan penyusunan kewangan anda

Maksud pembiayaan semula dari sudut ekonomi adalah merujuk kepada penggantian kewajipan hutang sedia ada dengan hutang kewajipan lain di bawah syarat yang berbeza.

Apabila pelanggan telah membuat pembelian melalui institusi kewangan dan bank, mereka mempunyai pilihan melakukan penyusunan hutang setelah berjaya memenuhi kuota syarat yang dipersetujui.

Wednesday 22 January 2014

Strategi Penjimatan Yang Masih Ramai Tidak Ketahui


Ekonomi global hari ini menyebabkan langkah-langkah penjimatan harus kita lakukan untuk mengatasi kadar inflasi agar tidak sampai ke tahap yang membimbangkan. Kita harus yakin bahawa kerajaan sentiasa mengatur langkah-langkah untuk mengawal kadar inflasi agar rakyat tidak menghadapi masalah kos kehidupan yang semakin meningkat.

Sebagai rakyat marhein khasnya dan pengguna amnya hendaklah mengatur strategi untuk melakukan penjimatan dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan. Tindakan seperti ini harus dimulakan dengan minda yang positif agar setiap langkah yang kita lakukan menjadi lebih pro aktif.

Tuesday 21 January 2014

4 Langkah Kejayaan Dalam Perniagaan



Kekuatan ataupun kelebihan seseorang untuk melakukan bisnes dengan jayanya BUKAN terletak kepada kepetahan ia berkata-kata. 

Ia BUKAN juga terletak kepada faktor keturunan seseorang. Jauh sekali jika mempunyai kelebihan menipu orang. Aaaaa...diharap perkara maksiat seperti itu mohon dijauhkan. Aminnn...

Bagi pandangan saya kejayaan seseorang usahawan itu bermula daripada 4 formula iaitu formula DUIT.