Penting Merekod Setiap Urusan Kewangan Bisnes Anda

Merekod kewangan memang leceh. Tapi tahukah anda kenapa penting untuk merekod setiap urusan kewangan bisnes anda.

Kekadang kita fikir agak leceh nak buat perkara ini. Sebenarnya ia tidaklah susah mana sebenarnya. Cuma bagi anda yang baru memulakan perniagaan diperingkat awal perlu tahu sebab kenapa perlu merekod urusan kewangan bisnes anda.

Majoriti usahawan yang baru memulakan perniagaan akan gagal jika tidak memulakan rekod secara terperinci setiap urusniaga yang dilakukan.

Salah satu medium terkini merekod kewangan yang boleh saya sarankan kepada anda dengan hanya menggunakan smartphone telah saya kongsikan di sini!

4 SEBAB KENAPA PENTING MEREKOD KEWANGAN BISNES ANDA


1) Mengetahui Kemana Duit Bisnes Yang Kita Belanjakan

Merekod apa jua pun perkara dalam kehidupan adalah bertujuan sebagai rujukan. Para sejarawan juga merekod setiap apa yang berlaku untuk difahami oleh generasi akan datang.

Ia sama juga dalam perniagaan anda. Dengan merekod kewangan bisnes anda, anda akan tahu apakah yang telah anda belanjakan. Anda boleh merujuk secara terperinci dan dapat mengkaji apakah sebab yang boleh memberi lebih keuntungan kepada bisnes anda.

2) Dapatkan Kurangkan Kos Yang Tidak Penting

Kos belanja jika lebih tinggi dari modal bersamaan dengan kerugian. Anda dapat kurangkan kos yang tidak penting jika anda merekod kewangan bisnes anda.

Anda boleh periksa secara terperinci apakah plan tindakan anda untuk meningkatkan keuntungan bisnes anda.

3) Dapat Fokus Untuk Modalkan Barangan Yang Perlu Sahaja

Rekod kewangan bisnes anda secara terperinci tidak sia-sia. Anda boleh menentukan barangan apa yang mendapat permintaan tinggi pada kuantiti yang sepatutnya. 

4) Tidak Berlaku Masalah TERLEBIH BAJET

Kos modal menjadi lebih besar jika sentiasa mengalami kerugian. Ramai usahawan tidak mahu berlaku masalah seperti ini. Walaupun secara kebiasaanya merekod berbelanjaan seperti mudah namun ia menjadi sukar apabila kita terlebih dari bajet.

PERISIAN MUDAH MEREKOD KEWANGAN BISNES ANDA

Masalah Nak Rekod Urusniaga Keluar Masuk Anda ?
Anda inginkan sistem perakaunan mudah dan sama fungsinya dengan  perisian yang diluar dengan harga yang jauh lebih rendah ?

Saya ingin syorkan anda salah satu perisian yang telah membantu ramai usahawan kecil dan besar menguruskan perniagaan mereka dengan lebih sistematik.

Memperkenalkan ...



Anda perlukan perisian ini jika anda ..

  • Usahawan yang memiliki perniagaan
  • Bakal usahawan yang siap sedia memulakan perniagaan
  • Usahawan yang sedang mencari sistem perakaunan yang murah
  • Bos/Majikan di syarikat tempatan
  • Pengusaha IKS

Apa kelebihan Perisian Sistem DKS ?

  1. Harga Sistem DKS sangat rendah dan berpatutan
  2. Tidak perlu renew tiap-tiap tahun, lesen seumur hidup
  3. Sistem DKS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu tahu debit dan kredit sahaja
  4. Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan Microsoft Excel
  5. Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatik
  6. Sistem DKS adalah dalam Bahasa Melayu

Jika anda ingin mendapatkan perisian perakaunan untuk merekod urusan kewangan bisnes anda sila dapatkan lebih maklumat di sini !


Kesimpulan

Apa-apa perkara yang melibatkan kewangan hendaklah direkod. Sama-sama kita praktikkan dari sekarang merekod setiap perbelanjaan harian kita tidak kira sekecil mana sekalipun. Usah pandang remeh perkara ini kerana kebanyakan usahawan gagal kerana mereka tidak ambil berat setiap urusniaga jual beli yang dilakukan. Semoga anda dapat mempraktikkannya. Sekian. Sehingga bertemu lagi inn syaa Allah.

Popular posts from this blog

7 Faedah Amalan Menabung

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Menghadapi Masalah Kewangan

7 Tip Asas Pelaburan Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

Update di FB