Wednesday 28 December 2016

Pelaburan Emas di Malaysia

Alhamdulillah tiba-tiba minda saya terbuka untuk berkongsi tentang topik pelaburan emas di Malaysia. Saya berpandangan inilah masanya saya membuat pelaburan bijak bagi setiap wang yang saya perolehi untuk jaminan masa depan.



Anda juga saya sarankan mulalah meneroka informasi tentang pelaburan emas melalui kaedah dan cara yang betul. Apa yang penting pelaburan yang diluluskan oleh badan yang mempunyai authoriti seperti Bank Negara Malaysia.

Untuk post pertama saya kongsikan satu video laporan tentang perkongsian pakar pelaburan emas yang ditemubual melalui kaca TV siaran TV9 pada tahun 2012.

Video ini pun saya dapat hasil dari perkongsian pakar pelabur emas di Malaysia dan juga merupakan pelopor yang mula-mula berkongsi ilmu tentang pelaburan emas melalui penulisan buku-buku beliau. Nama beliau adalah En Syukor Hashim.

Sila tonton video di bawah untuk maklumat tentang pelaburan emas di Malaysia.



Macam mana ? Dah tonton video di atas !
Apa pandangan anda ? Jika anda ada pandangan ingin berkongsi dengan saya, sila tulis komen anda di kotak komen yer. Terima kasih.


Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon