Sunday 6 January 2013

Di mana Anda Akan Lakukan Pelaburan ?


Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Kali ini saya ingin kongsikan maklumat ringkas tentang pelaburan yang harus anda lakukan. Perbanyakkan ilmu tentang pelaburan dengan membaca buku-buku, majalah, surat khabar dan sebagainya untuk anda menentukan pelaburan yang betul dan tepat. Ilmu tentang pelaburan ni perlulah diperhalusi serta merujuk pakar-pakar pelaburan yang sah. 

Terdapat beberapa jenis pelaburan dan ini menjadi faktor yang menentukan di mana harus anda melaburkan wang anda.

Sudah tentulah faktor yang perlu difikirkan sebelum membuat pelaburan adalah membuat penyelidikan tentang pelaburan yang anda ingin lakukan, mempertimbangkan risiko yang mungkin dihadapi, dan menentukan gaya pelaburan yang menepati matlamat kewangan anda.

Jika anda ingin membeli sebuah kereta, anda akan melakukan sedikit kajian tentang kereta tersebut sebelum anda membelinya bukan. Anda tidak akan membeli kereta tersebut selagi mana anda tidak melihat sedalam-dalamnya serta tidak memandu uji kereta yang ingin anda beli. Konsep pelaburan juga sama seperti ini. Anda faham maksud saya bukan ?

Anda tentu akan berusaha mempelajari ilmu pelaburan sebanyak mungkin dan juga ingin mengetahui bagaimana seseorang pelabur yang berjaya boleh melakukannya. Itu adalah perkara normal yang dilakukan oleh bakal pelabur !

Sebagai bakal pelabur, anda seharusnya membaca apa-apa sahaja ilmiah yang berkaitan pelaburan...dan mulakan dengan membuat pelaburan buku-buku dan laman web terlebih dahulu. Laman web seperti blog yang boleh membantu mendapatkan informasi dan kongsikan kepada umum. Ataupun..sebaliknya anda akan kehilangan banyak wang pelaburan yang tidak disangka akan berlaku tanpa melakukan langkah ini.

Akhir sekali berbincanglah dengan perancang kewangan anda. Luahkan kepada mereka apakah matlamat kewangan anda dan minta pendapat mereka...inilah yang telah dilakukan oleh ramai pelabur diluar sana ! Perancang kewangan yang baik pula akan mudah membantu anda bagi menentukan hala tuju pelaburan anda, dan melakukan perancangan demi mencapai matlamat kewangan anda. Ramai dikalangan mereka pasti mengajar kepada anda dan anda cuma perlu tumpukan perhatian terhadap apa yang mereka cuba sampaikan sahaja !

Sampai di sini dahulu perkongsian saya dan jumpa lagi.

Selamat mencuba !







Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon