Masalah kewangan yang meruncing memberi tekanan pada kehidupan harian seseorang. Masa kini terdapat sebilangan besar pernah mengalami masalah kewangan yang kronik, malah sehingga saat ini ilmu kewangan tetap masih ramai kurang berminat untuk menguasainya.
Jika ingin difahami kepentingan menguasai ilmu kewangan merupakan satu keperluan masa kini. Cabaran ekonomi yang semakin hebat menjadikan ramai yang gagal merancang kewangan mereka dengan cara yang betul.
Jadikan ekonomi diri anda bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi kelak.
Baiklah...kali ini ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang 6 tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang menghadapi masalah kewangan. Ia mungkin sebagai langkah awal untuk anda mula mengorak langkah demi menyelesaikan masalah kewangan anda.
==========================================
6 Tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan
==========================================
#1- Jika Anda TIDAK Dapat Mengawal Perbelanjaan - Iaitu Perbelanjaan Melebihi Pendapatan
Kegagalan mengawal perbelanjaan mengikut keperluan menyebabkan anda bakal menghadapi masalah kewangan. Paling mudah faham, jika kita melakukan perbelanjaan hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu semata-mata bakal menempah kegagalan.
Rancang perbelanjaan anda mengikut keperluan dan ia perlu dilakukan secara disiplin. Fokus kepada apa yang perlu dan hindarkan daripada pembaziran.
#2- Jika Hutang Melebihi Daripada Apa Yang Boleh Anda Uruskan
Majoriti rakyat Malaysia yang memperolehi sumber pendapatan dari bidang pekerjaan dan perniagaan mempunyai hutang. Kehidupan tanpa hutang adalah sangat jarang ataupun sedikit sekali yang menikmatinya di muka bumi ini.
Kegagalan menguruskan hutang sehingga melakukan plan pembayaran jenis "Gali Lubang Tutup Lubang" menyebabkan hidup seseorang sering menghadapi hutang.
Saya hanya mampu sarankan agar JANGAN sesekali membuat pinjaman dengan Ah Long. Tawaran yang manis sehingga syarat pinjaman yang sangat minimum dan kadar bunga yang dikatakan rendah kononnya menyebabkan ramai yang tertarik dengan plan pinjaman mereka. Seboleh-bolehnya elakkan dari meminjam dari Ah Long. Sekali terjebak dengan Ah Long penyesalan seumur hidup akan berlaku.
#3- Anda Hanya Mampu Membayar 5% Setiap Bulan Bagi Bil Kad Kredit
Zaman kini kad kredit satu keperluan. Gelaran kad kredit sebagai duit plastik adalah senonim pada zaman kini. Semua bayaran boleh dilakukan dengan mudah TANPA anda perlu membawa sebilangan wang yang besaru untuk setiap perbelanjaan.
Tetapi...
..berapa ramai yang mampu membayar melebihi 100% daripada jumlah bayaran minimum yang dikenakan oleh pihak syarikat kewangan. Kebanyakan pengguna kad hanya mampu membayar sekadar tahap minimum bayaran seperti mana tertera dalam bil.
Menurut statistik hutang negara, kebanyakan mereka yang jatuh muflis adalah kesan daripada kegagalan melangsaikan hutang kad kredit mereka. Jika anda mampu saya sarankan hindarkan dari menggunakan kad kredit. Gunakan sahaja kaedah menyimpan sebelum melakukan pembelian.
#4- Anda Tiada Tabungan Untuk Menghadapi Kecemasan Peribadi Atau Keluarga
Orang tua-tua dahulu pernah membuat perumpamaan tentang kuasa menyimpan. Pasti anda tahu simpulan bahasa "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jika diamati dari sudut kewangan ia bermaksud kalau kita menyimpan secara konsisten, lama-kelamaan wang menjadi banyak.
Penting untuk kita melakukan simpanan kecemasan sebagai persediaan menghadapi risiko yang bakal berlaku dimasa hadapan. Kita tidak tahu bila risiko ataupun musibah akan berlaku, sekurang-kurang kita sedang melakukan langkah-langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Pakar kewangan dan juga pakar usahawan internet iaitu Dr Irfan Khairi menyarankan agar menyimpan 10% setiap pendapatan bulanan yang kita perolehi. Lakukan secara konsisten !
#5- Anda Sering Menerima Panggilan Daripada Peminta Hutang
Agak bahaya jika kita sering menerima panggilan daripada pemiutang. Hidup kita mula menjadi tidak keruan. Apa jua perkara kita lakukan menjadi serba tak kena. Hidup tidak selesa kerana sering diganggu dengan panggilan peminta hutang.
Jika anda berada sehingga tahap ini, maka langkah untuk menambah pendapatan anda perlu dilakukan dari sekarang.
#6- Anda Dihadapkan Dengan Surat Saman
Inilah tanda yang membuktikan kegagalan kita menguruskan kewangan. Surat saman yang diterima dari pihak peguam kebiasaanya adalah sebagai peringatan akhir setalah kita gagal membuat bayaran seperti mana yang telah ditetapkan.
Saya benar-benar berharap anda sebagai pembaca blog ini tidaklah sampai ketahap ini. Uruslah hutang anda secara bijak dengan cara kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan simpanan. Jika anda perlu tingkatkan pendapatan anda melalui sumber pendapatan yang lain, sila lakukan mulai dari sekarang !
=================================================
Terbaik ! Uruskan Kewangan Anda Menggunakan Sistem DKS
=================================================
Anda boleh dapatkan sistem perakaunan yang sama fungsinya seperti perisian yang terdapat dipasaran TETAPI dengan harga yang jauh lebih rendah.
Sistem DKS adalah satu sistem lengkap pengurusan kewangan anda untuk semua golongan. Amat sesuai bagi anda bergelar sebagai usahawan.
Sistem DKS ini memudahkan anda mengawal aliran tunai perniagaan anda seterusnya perniagaan anda mempunyai akaun perniagaan yang baik dan lengkap.
Maklumat lanjut sila layari www.sistemdks.com sekarang !
Saya harap yang terbaik untuk anda.
Sekian. Terima kasih.