Orang Yahudi tidak benarkan mengenakan riba kepada sesama mereka. Sebaliknya riba menjadi halal jika diberikan selain dari bangsa mereka.
“(Tuhan berkata): Jika kamu meminjamkan wang di antara kamu kepada salah satu dari orang-orangKu yang memerlukannya, maka janganlah kamu berbuat seperti yang dilakukan pemberi pinjam wang (dengan mengenakan bunga), jangan dibebankan bunga kepada peminjam itu.” (Exodus [22:25])Versi Internasional Baru
“Janganlah engkau memberi hutang saudaramu dengan mengambil riba, baik riba emas, riba makanan atau segala sesuatu yang dihutangkan dengan riba…” (Kitab Deuteronomy [23:19])
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah S.W.T. dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Al-Baqarah[2:278-279])
Terdapat banyak lagi dalil yang tak dapat saya kongsikan di sini. Anda boleh rujuk sendiri dengan guru-guru agama, pak ustaz, tok-tok guru dan para mua'llim kelak.
Impak Riba Pada Ekonomi
- Keseluruhan sistem ekonomi akan menjadi rapuh kerana aktiviti ekonomi sebenar tidak jelas sama sekali.
- Sistem riba menghalang orang ramai dari terbabit secara langsung dengan aktiviti ekonomi sebenar.
- Apabila keadilan, ketelusan, dan keseimbangan dalam sistem ekonomi dinafikan, lihatlah bagaimana krisis ekonomi dunia yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa tatkala ini.
- Menyebabkan krisis sub prima yang teruk akibat lambakan kredit tanpa kawalan.
- Mendedahkan sistem ekonomi kepada risiko kejatuhan yang sangat berbahaya.
- Sistem riba akan menghancurkan dan memberi impak yang negatif di mana ia akan meruntuhkan pandangan masyarakat terhadap keyakinan kepada sistem ekonomi yang sebenar.
- Menghambat negara ke arah kemelesetan ekonomi untuk kali yang seterusnya dengan kewujudan kelompongan nilai ekonomi sebenar berbanding transaksi kewangan.
Kesan Riba Pada Keluarga
Salah seorang aktivis yang kita semua kenali iaitu Datuk Nadzim (Toqqi) telah memberi komen melalui video di bawah. Sila tonton dengan menekan butang play sekarang !
Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Sehingga berjumpa kembali. InsyaAllah.
Sekian. Terima kasih.