Friday 17 June 2022

Sistem Pengurusan Akaun Terbaik 2022


Salam hormat kepada anda. Sekiranya anda sebagai peniaga pasti anda tercari-cari sistem pengurusan akaun perniagaan, mungkin apa yang saya cadangkan ini bakal membantu perniagaan anda kelak.

Secara realitinya peniaga kita perlu mempelajari serba sedikit ilmu perakaunan. Ia sangat penting untuk mengesan ke mana aliran wang perniagaan masuk dan keluar, berapa keuntungan sebenar perniagaan dan yang penting memudahkan urusan percukaian sekiranya melepasi syarat cukai.

Ramai dikalangan peniaga tidak mengambil peduli bab ini. Kesannya cukup besar sekiranya pengurusan kewangan perniagaan tidak dilakukan dengan cara yang tersusun dan terbaik.

Sistem Pengurusan Akaun - Ezi-Akaun XLS


Pasa post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda yang berniaga khususnya satu sistem pengurusan akaun yang saya juga sedang gunakan. Sistem yang saya maksudkan ialah Ezi-Akaun XLS.

Terdapat pelbagai sistem pengurusan akaun diluar sana. Apa yang sarankan mungkin sesuai untuk anda atau mungkin juga tidak sesuai dengan perniagaan anda.

Walaupun kebanyakan sistem pengurusan akaun yang agak ekonomi menggunakan Microsoft Excel, tetapi percayalah dengan excel juga digunakan oleh syarikat akauntan yang besar untuk audit tahunan dan sebagainya.

Tidak dinafikan juga sebenarnya diluar sana terdapat perisian akaun yang lebih canggih dan bersepadu. Cuma sistem pengurusan akaun dari Ezi-Akaun XLS ini lebih ekonomi dan banyak membantu usahawan kecil / micro seperti saya dan anda.


Video Pengenalan Ezi Akaun XLS


Berikut adalah video pengenalan tentang sistem yang saya maksudkan. Anda tonton dulu dan lihat prestasi dan kelebihan sistem ini.




Kelebihan Sistem Ezi-Akaun XLS


1) Sistem Agen dan Bayaran secara automatik (Terbaru 2022 !)
2) Data boleh digunakan untuk mengisi E-Filing
3) Data boleh disimpan dalam format PDF
4) Sistem Rekod Inventori Stok Item
5) Sistem Rekod Inventori Stok Bahan Mentah
6) Buka Resit. Invoice dan Quotation
7) Data telah dibahagi mengikut bulanan dan tahunan
8) Ada data analisa P&L tahunan dan kunci kira-kira
9) Ada data analisa aliran tunai
10) Boleh masukkan logo syarikat sendiri
11) Analisis pendapatan bulanan dan tahunan
12) Dokumen Resit, Quotation & Invoice yg telah disimpan, boleh disemak semula
13) Kiraan zakat perniagaan secara automatik
14) Dan banyak lagi.



Bolehkah Bisnes Servis Menggunakan Sistem Ini ?


Sistem pengurusan akaun Ezi Akaun XLS ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia sesuai digunakan untuk perniagaan produk dan juga servis. Cuma pemilik produk ini merangkap pengasas sistem ini menyatakan sistem ini buat masa ini hanya sesuai untuk Enterprise sahaja. 

Bagi anda yang memiliki syarikat Berhad sistem ini tidak sepenuhnya memenuhi syarat berhad tetapi masih boleh menggunakannya untuk melihat prestasi syarikat anda. 

Sepertimana perniagaan saya dalam bidang pengubatan Islam (bekam, urutan, kiropraktik, akupuntur) yang memberi servis kepada pelanggan turut menggunakan sistem pengurusan akaun ini.

Pendek kata, semua jenis perniagaan sangat sesuai menggunakan sistem ini. Saya mengesyorkan anda turut menggunakannya untuk perniagaan anda.



Jadikan Bisnes Anda Bertahan Lebih 5 Tahun


Majoriti peniaga akan gagal atau tarik 'hand break' kurang dari 3 tahun. Salah satu punca yang menyebabkan perniagaan menemui kegagalan adalah disebabkan tiada rekod duit keluar dan duit masuk.

Jika kita sentiasa disiplin melakukan rekod di setiap transaksi perniagaan kita akan nampak sejauh mana perniagaan akan bertahan. 

Mungkin nak merekod ini nampak remeh tetapi percayalah inilah langkah usahawan yang berjaya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sistem pengurusan akaun dari Ezi Akaun XLS ini sila klik laman website ini https://azeribiz2u.com/ezi-akaun


Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.



Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

This Is The Newest Post
Comments


EmoticonEmoticon