3 Tempat Simpan Wang Kecemasan Yang Berbaloi




Bila bercakap tentang pengurusan kewangan antara tip yang wajib dicadangkan oleh pakar kewangan ialah menyimpan wang. 

Tetapi ramai dikalangan masyarakat awam mempunyai masalah untuk menyimpan wang. Bukan mereka tidak mahu menyimpan wang tetapi disebabkan perbelanjaan untuk keperluan kehidupan melebihi kemampuan ataupun atau dalam istilah mudah 'cukup-cukup makan' sukar untuk mereka menyimpan. 

Antara formula yang dicadangkan oleh pakar kewangan adalah formula 50-30-20. Setiap kali anda menerima gaji anda perlu asingkan mengikut formula ini. 

50% - Untuk perbelanjaan keperluan
30% - Untuk capai simpanan sekuriti 6 bulan gaji. 
20% - Untuk perbelanjaan kehendak/pelaburan dll. 

Jika anda tidak mampu buat masa sekarang untuk memulakan formula ini, anda boleh mengubah mengikut formula lain seperti 70-20-10 atau 80-10-10 dan sebagainya. Lakukan mengikut kemampuan anda. 

3 Tempat Simpan Wang Yang Berbaloi


Saya suka dengan cadangan Dr Adam dari Absorich (mentor kewangan di Malaysia) dimana beliau telah berkongsi 3 tempat simpan wang yang berbaloi selain dari bank. 

Apa yang penting adalah ketiga tempat menyimpan wang yang dicadangkan ini adalah selamat, kongsi untung, risiko rendah dan mudah dicairkan. 

1) Touch 'n Go+ (TNG Go+) 

Kenapa TNG GO+ antara pilihan tempat terbaik untuk tabung kecemasan?

Sebab kalau anda perhatikan, TNG semakin luas digunakan sama ada di kedai fizikal, platform atas talian termasuk pembayaran bil. Ini kerana aksesnya yang mudah melalui smartphone dan jam tangan pintar. 

Boleh kata, ramai yang mula sebati dengan TNG sehingga sudah menjadi keperluan harian yang sentiasa di bawa ke mana-mana. 

Lebih menarik, TNG GO+ membolehkan anda menyimpan dan menikmati pulangan harian tanpa mengurangkan nilai asal tabung kecemasan anda.

Bukankah itu pilihan yang lebih bijak untuk anda?

Dah alang-alang gunakan aplikasi tersebut secara maksimum, anda boleh dapat pulangan dalam masa yang sama. Anda juga yang untung!

Kalau berlaku sebarang kecemasan, anda boleh terus keluarkan duit dengan mudah sama ada dipindahkan ke akaun bank atau guna duit terus melalui aplikasi. Tiada prosedur rumit dan tidak memerlukan masa yang lama. 

Tapi kena ingat, pastikan anda keluarkan duit atas sebab kecemasan sahaja. Bukan dengan tujuan yang tak tentu arah.


2) Moomoo Cash Plus

Moomoo adalah aplikasi pelaburan masa kini yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun anda belum bersedia untuk melabur, anda boleh guna Moomoo Cash Plus sebagai tempat simpan tabung kecemasan. 

Sama seperti TNG, Moomoo juga turut memberi pulangan harian yang kompetitif dengan tahap risiko yang sangat rendah. 

Moomoo juga menyediakan fungsi screening untuk dana patuh syariah seperti Maybank Retail Money Market-I Fund. 

Semestinya peluang terbaik untuk anda yang beragama Islam. Lagi menarik, bila anda boleh tengok jumlah pulangan harian melalui features kalendar. 

Jadikan features yang terdapat dalam Moomoo sebagai motivasi untuk anda penuhkan jumlah tabung kecemasan. 

Bila tabung simpanan dah penuh dan anda ada duit lebihan untuk melabur, barulah anda melabur dan kembangkan duit simpanan anda!


3) Versa Cash-i

Versa Cash-i ialah dana pasaran wang patuh syariah yang diuruskan oleh AHAM Capital (dahulunya dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management). 

Ia menawarkan peluang untuk pengguna menjana pulangan harian daripada simpanan mereka. 

Dana ini direka seakan-akan fixed deposit, tetapi anda boleh keluarkan dana kecemasan pada bila-bila masa sahaja tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

Selain mengadakan kempen promosi bulanan dan tahunan yang mampu meningkatkan pulangan tabung kecemasan anda, Versa Cash-i juga memberikan compound secara harian. 

Bermaksud untung hari ini akan dilaburkan semula untuk dapat untung lagi pada hari esok (boleh rujuk gambar di bawah). Ini juga bermakna jumlah tabung kecemasan anda akan terus berganda setiap hari.

Kesimpulannya walaupun ketiga-tiga platform ini tiada perlindungan PIDM, pengurus dana profesional sentiasa bertanggungjawab menjaga aset anda dengan teliti supaya risiko kekal rendah. 

Masih ada risiko cuma ia sangat minimum. Apa-apa pun, 3 tempat pilihan ini adalah sekadar cadangan, saya pasti anda bijak menilai dan membuat pertimbangan.

Sumber : Dr Adam Zubir

Simpanan kecemasan adalah penting untuk menjamin sekiranya berlaku apa-apa risiko yang tidak diingini. Sekurang-kurangnya 6 kali dari gaji bulanan. 

Kalau anda masih berfikiran simpanan di dalam bank lebih baik, mungkin inilah masanya untuk anda tukar mindset anda kepada 3 tempat simpanan yang menawarkan pulangan berganda seperti mana yang Dr Adam cadangkan di atas. 

Semoga post ini memberi manfaat dan membantu anda membuat keputusan yang sewajarnya kelak. InsyaAllaah. 

Jumpa lagi dipost yang seterusnya. Terima kasih. 

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *