7 Formula Berjaya Pengurusan Kewangan - GET RICH Abang Abu


Semua orang nak hidup senang. Hidup bebas untuk buat pilihan. Hidup bebas dari hutang. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa semua keinginan kita sebenarnya bermula dari bagaimana cara kita menguruskan wang kita.

Ilmu tentang kewangan tidak akan diajar di sekolah-sekolah. Ilmu kewangan perlu dipelajari dari mereka yang pakar tentang pengurusan kewangan.

Ini saranan saya....adalah lebih baik kita belajar cara mengurus kewangan dari seorang pakar yang bernama Abang Abu. Beliau merupakan seorang pakar kewangan yang terkenal di Singapura. Beliau banyak mengajar ramai orang cara bagaimana untuk bijak menguruskan wang. Terdapat banyak program untuk anda pelajari bersama beliau. Maklumat lanjut sila layari www.AbangAbu.com

7 Formula Abang Abu Tentang Pengurusan Kewangan Yang Berjaya


Formula ini MUDAH untuk diingati dan semestinya sama-sama kita ikut mempraktikkannya. Formula yang beliau kongsikan adalah formula GET RICH.

Singkatan GET RICH mempunyai maksud dan point tersendiri. Antara yang saya dapat rakamkan adalah seperti berikut :


1) G -  Get Up Early

Ini amalan sangat PENTING. Bangun di awal waktu pagi sebelum matahari terbit. Kalau sebagai orang Islam ini adalah perkara biasa kerana kita WAJIB mendirikan solat subuh.


2) E - Earn More Than Spend

Besar periuk nasi makan besar kerak nasi nya. Itu peribahasa orang dulu-dulu yang kita perlu faham. Kita boleh belanja berapa banyak yang kita mahu TETAPI kita perlu dapatkan LEBIH duit dari apa yang telah belanjakan itu. Bukan belanja TAPI tak berusaha untuk dapatkan lebih.


3) T - Train Your Self One Valueable Financial Skill

Jangan kita mengharapkan satu benda sahaja. Kita belajar satu kemahiran tentang kewangan yang boleh memberikan kita duit sebagai contoh saham, hartanah dan sebagainya. Kita perlu ada satu skill yang menjadikan kita fokus dan berusaha untuk mendalami ilmunya.

4) R - Resource Network

Kenal ramai orang yang berjaya dalam bidang yang kita minati. Perlu meramaikan network dalam bidang yang kita minati. Ini kerana dalam apa jua bidang perniagaan, network adalah paling PENTING !

5) I - Invest

Mulakan pelaburan dan buangkan rasa takut untuk mengeluarkan modal. Jangan hanya menyimpan wang sehingga TIADA pelaburan dilakukan. Jadi kita kena berani membuat pelaburan.

6) C - Charity

Selalu bersedekah walaupun kita kekurangan duit apatah lagi kita memiliki banyak wang. Lagi banyak kita dapat, lagi banyak kita sedekah. Ini amalan yang MESTI dilakukan. Allah telah menjanjikan bahawa amalan memberi, memberi dan memberi telah dijanjikan kemurahan rezeki dan ia lebih diberkati. Insya Allah.

7) H - Habit

Jadikan keenam-enam formula di atas sebagai HABIT dengan mempraktikkan secara berulang-ulang TANPA jemu. Fahami sedalamnya kesemua formula di atas dan lakukan secara istiqamah. Insya Allah sama-sama kita berjaya.


Anda nak lebih dekat dan mudah faham ? Saya telah sediakan video dari sembang santai Dr Azizan Osman bersama Abang Abu. Sila KLIK butang Play untuk mula menonton !



Nak Tahu Rahsia Sebenar Di Sebalik Duit & Kemewahan ?






Popular posts from this blog

7 Faedah Amalan Menabung

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Menghadapi Masalah Kewangan

7 Tip Asas Pelaburan Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

Update di FB