Monday 15 June 2020

Ilmu Kewangan - 4 Perkara MUDAH Yang SUKAR Dilakukan Kebanyakan Orang



Assalamualaikum para pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang ilmu kewangan yang kebanyakan orang terlepas pandang.
Sekiranya kita mampu lakukan perkara ini, insyaAllah pengurusan kewangan menjadi sempurna.

4 perkara ini saya perolehi dari sumber rujukan pakar kewangan En Zaidi Ismail sebagai Pengasas di UrusInsan.Info melalui Buku Forensik Kewangan Extra yang saya telah milikinya.

Ilmu kewangan perlu dipelajari oleh semua orang yang ingin berjaya dalam kehidupan. Walaupun ia hanyalah satu pilihan, jika dilakukan dengan betul hidup menjadi lebih terurus. 

Berikut adalah 4 perkara mudah yang sukar dilakukan oleh kebanyakan orang.

1) Menyimpan


Menyimpan mudah dilakukan sekiranya ia menjadi tabiat. Saya yakin ada sebilangan orang merasa sukar untuk meyimpan wang yang diperolehi walaupun ia sangat mudah dilakukan pada zaman kini berbanding zaman dahulu.

Dulu jika ingin menyimpan wang, kita perlu bawa secara tunai kemudian perlu membawa buku akaun bank untuk uruskan simpanan. Zaman sekarang urusan menyimpan wang sangat mudah dan pantas. Semuanya boleh dilakukan secara online.

Kebanyakan orang gagal menyimpan kerana menggunakan kaedah yang salah.

Mereka berbelanja terlebih dahulu dan akan buat simpanan sekiranya ada baki. Namun majoritinya tiada baki untuk menyimpan.

Jumlah simpanan yang lebih afdal seperti mana yang dicadangkan dalam Buku Forensik Kewangan Extra ialah menyimpan sehingga 6 kali gaji bagi mereka yang bekerja makan gaji dan setahun pendapatan perniagaan bagi mereka yang berniaga.

Dalam buku itu juga memberitahu 5 sebab UTAMA gagal menyimpan. Antara sebabnya adalah ...

  • Tidak mahu menyimpan
  • Tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan
  • Tidak menjadi keutamaan dalam hidup untuk menyimpan
  • Dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan
  • Tidak mencari ilmu

Sekiranya kita dapat atasi 5 sebab di atas ini, insyaAllah usaha menyimpan akan menjadi mudah.


2) Membuat Bajet


Setahun sekali negara Malaysia akan membentangkan bajet tahunan untuk memajukan ekonomi negara. Kita juga perlu membuat bajet untuk setiap wang yang kita perolehi.

Bajet adalah penetapan sesuatu perbelanjaan mengikut keutamaan keperluan pada nilai yang telah dikira dan ditetapkan mengikut masa dan tempoh tertentu.

Kita perlu membuat bajet mengikut keperluan dan kapasiti yang kita ada.

Membuat bajet bukan bermakna kita kedekut. Malahan, ia merupakan langkah bijak yang diajar oleh ramai  pakar kewangan untuk mengurus kewangan dengan cara yang betul.

Sekiranya RM10 pun kita TAK BOLEH nak urus, bagaimana kita nak menguruskan lebih lagi... - En Zaidi Ismail

Tahniah kepada anda yang telah mengamalkan bajet selama ini. Sekiranya anda boleh melakukannya, apa kata anda mula melakukannya sekarang.



3) Mengira atau Berkira-kira


Ilmu mengira dalam kewangan adalah satu keperluan. Bukan susah mana pun untuk tambah, tolak, kali dan bahagi. Jika kita tahu mengira maka  mudahlah untuk kita mengesan aliran tunai, untung atau rugi, berbaloi atau tidak sesuatu perkara yang kita ingin belanjakan atau laburkan.

Walaupun nampak mudah sebenarnya (sekiranya belajar), namun ia sukar dilakukan oleh kebanyakan orang.

Biar orang nampak kita macam berkira-kira, asalkan kita tahu apakah objektif kewangan yang kita inginkan.

Sekiranya anda telah amalkan mengira kewangan selama ini, maka teruskan. Saya ucapkan tahniah kepada anda. Andai anda boleh mulakan, maka sekarang adalah masa untuk anda mulakan.

Sila dapatkan Buku Forensik Kewangan Extra yang menyentuh juga bab ini secara keseluruhan !



4)  Menyediakan Tabung Kecemasan


Mengikut perangkaan, terdapat lebih 50 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai minimun RM1,000 sebagai tabung kecemasan.

Angka ini sangat menyedihkan. Tambahan lagi faktor mereliasasikan kehendak lebih banyak daripada keperluan.

Disebabkan perkara yang terakhir inilah yang menyebabkan ramai terjerat dengan perangkap Ah Long  kerana tersilap langkah memilih jalan untuk memenuhi kehendak berbanding keperluan.

Menyediakan tabung kecemasan (dah namanya cemas) adalah langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan.



Kesimpulan


Di dalam Buku Forensik Kewangan Extra, En Zaidi Ismail berpesan kebanyakan orang menggunakan alat atau mesin yang salah ketika membuat keputusan kewangan, iaitu menggunakan hati dan perasaan. Benarlah pesan orang tua-tua, "ikut hati mati, ikut badan binasa".

Tidak kiralah siapa pun latar belakang kita, ilmu mengurus kewangan adalah satu keperluan untuk kita berjaya dengan lebih maju pada masa hadapan.

Sekian. Terima kasih.


Punca Kewangan Anda Bocor ?
Buku Ini Bakal Bongkar Cara Menyelesaikannya !





Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon