Saturday, 1 October 2011

Hutang Kad Kredit..3 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang terlalu banyak. Kita dah banyak mendengarkannya sebelum ini kan ? Memiliki hutang kad kredit yang terlalu banyak boleh menyebabkan hidup kita menjadi tertekan jika tidak dapat menyelesaikannya. Mengikut laporan daripada Berita Harian Online dalam laporannya yang bertarikh pada 24 July 2010 menyatakan 10 juta pengguna kad kredit dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM24.4 billion. Ini amat merisaukan kita semua walaupun ia laporan dari tahun lepas. Untuk membaca laporan penuh berita tersebut sila klik di sini.

Bagaimanapun saya berharap ia tidaklah sampai pihak pemiutang menfailkan bankrap kepada kita. Satu perkara yang perlu anda ingati adalah pihak pemiutang sebenarnya sangat bersedia untuk bekerjasama dengan anda. Pada pandangan mereka adalah lebih baik ada pembayaran dilakukan daripada pihak penghutang daripada tidak membayar lansung. Betul tak ? Jadi pada post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 3 langkah bagaimana untuk menyelesaikan hutang kad kredit.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menghubungi pihak pemiutang anda dan biarkan mereka tahu situasi sebenar anda. Berbincang dan mohon untuk kadar faedah yang lebih rendah ataupun pelan pembayaran balik. Anda mungkin tidak terfikir bahawa cara ini boleh dilakukan dan ia adalah satu strategi yang baik jika dilakukan dengan bersopan ketika berunding dengan pihak pemuitang anda. Sopan, tetapi tegas. Jika anda tidak pasti untuk melakukannya, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapat perkhidmatan kaunseling kredit seperti AKPK. Terdapat banyak lagi organisasi besar diluar sana dan misinya adalah untuk membantu anda menguruskan hutang anda.

Langkah seterusnya adalah anda perlu berhenti menggunakan kad kredit anda. Potong kad kredit anda, membekukan kad dalam peti ais (boleh cuba) atau apa sahaja cara untuk menghalang anda mengambilnya keluar daripada dompet ataupun beg tangan anda. Anda dilarang untuk terus menambah hutang. Memotong kad kredit anda adalah satu cara yang paling sukar dan percayalah ia memang berbaloi. Langkah ini boleh menghalang ketagihan anda berbelanja menggunakan kad kredit.

Langkah terakhir adalah membuat pembayaran dengan kadar faedah tertinggi tertinggi dahulu dan berusahalah ke arah itu. Bagaimana cara untuk anda melakukannya ? Mudah sahaja tumpukan untuk pembayaran pada kadar faedah yang tinggi dengan cara membayar lebih daripada baki minimum setiap bulan. Pembayaran minimum ini diwujudkan supaya pihak penghutang lebih lama berhutang dengan pihak pemiutang. Percayalah bahawa syarikat kad kredit adalah satu perniagaan dan inilah cara mereka membuat keuntungan supaya anda membayar mereka pada jangka masa bertahun-tahun bersama mereka. Walaupun pembayaran anda lebih sedikit daripada tahap minimum ia tetap satu perbezaan besar untuk jangka masa panjang.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda disiplinkan diri anda dan mula memperbaiki sikap anda supaya menjadi lebih baik. Ramai yang telah berjaya mengurangkan kad kredit mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang digariskan di atas. Saya yakin anda juga boleh melakukannya. Semoga berjaya.

Jumpa lagi untuk perkongsian yang seterusnya.

Kredit gambar : FairLoanRate.com



Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

2 comments:


EmoticonEmoticon