Monday, 2 June 2014

3 Musuh Utama Untuk Bebas Dari Hutang



Matlamat kewangan yang sebenar adalah untuk bebas dari hutang. Kita boleh tanya cara hidup mereka yang sedang merasai hidup tanpa berhutang. Walaubagaimana pun untuk mencapai bebas dari hutang sudah pasti ada penghalang-penghalang yang menggagalkan misi untuk bebas dari hutang. Betul tak ?

Sesuatu perkara yang menjurus kepada kebaikan pasti ada cabaran yang perlu ditempuh. Cabaran-cabaran yang ada dalam diri kita dan juga sekeliling diri kita menjadi penyebab kegagalan untuk bebas dari hutang.

Saya ingin kongsikan sedikti info dari penerangan salah seorang pakar kewangan Malaysia iaitu Sunthara Segar. Beliau adalah salah seorang rujukan saya untuk ilmu tentang kewangan. Saya telah membeli beberapa buku tulisan beliau yang banyak dipasaran. Bagi pendapat saya penerangan beliau cukup menarik serta mudah faham. Cuba anda search nama beliau di enjin carian anda.

Sebelum itu saya ingin mengajak anda untuk ketahui 6 tanda yang menunjukkan seseorang itu menghadapi masalah kewangan dengan merujuk kembali post saya yang lepas. Anda boleh baca post saya yang lepas di sini.

Setelah kita kenali tanda-tanda ni baru kita rancang macammana nak menyelesaikan masalah hutang dan mencapai kebebasan daripada berhutang. 

Saya harap anda terus bersama saya untuk saya kongsikan ilmu kewangan yang bermanfaat kepada anda dengan cara Follow blog saya melalui Networked blog di sebelah kanan blog ini.

Baiklah...berikut adalah 3 musuh yang menghalang kita bebas dari hutang.


=============
3 Musuh Bebas Hutang
=============

1. Penyangak

Merupakan penghalang pertama untuk mencapai objektif bebas hutang. Kebiasaannya sifat orang seperti ini sangat manis ayatnya yang bertujuan mengajak kita melakukan pelaburan ataupun pinjaman. Sebagai contoh pihak memberi pinjaman seperti syarikat kredit berlesen.

Melalui tawaran yang rendah faedah berbanding bank serta syarat kelayakan yang lebih mudah berbanding syarikat bank berdaftar menjadi daya penarik untuk kita terus berhutang.

Contoh penyangak yang lain adalah mereka yang menjalankan perniagaan jualan lansung dengan teknik gores & menang. Pasti ada dikalangan anda pernah terkena dengan cara sebegini.

Dengan ayat pujukan dan janji manis menyebabkan kita boleh terbeli produk yang kebanyakannya kita tidak memerlukannya pun. Harga produk yang dijual tu pulak mahal dari yang sepatutnya. Ia berlaku tanpa kita sedari.

Ada yang sanggup mengeluarkan wang simpanan sehingga RM 5000 hanya kerana aktiviti gores dan menang ini. Bayangkan anda yang sepatutnya hampir untuk mencapai kebebasan hutang dari kenderaan kereta sebagai contoh menjadikan tempoh bayaran lebih panjang hanya kerana wang simpanan telah digunakan untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat.


2. Bodoh sombong

Penghalang ataupun musuh yang kedua adalah memiliki sikap bodoh sombong. Kita tidak cuba belajar dan mendalami ilmu merancang kewangan dengan pakar kewangan.

Penekanan dari segi aspek kesedaran tentang teknik ataupun ilmu kewangan penting untuk diamalkan.

Sebagai contoh kita boleh membeli buku-buku, majalah ataupun menyertai kursus-kursus kewangan yang dianjurkan oleh pakar-pakar kewangan di negara ini. Sebagai contoh tuan Azizi Ali yang merupakan  pakar kewangan dalam bidang hartanah dan juga salah seorang jutawan di negara ini. Beliau banyak menganjurkan kursus-kursus serta menerbitkan beberapa siri buku berkaitan ekonomi dan kewangan.

Pakar-pakar lain yang boleh dianjurkan seperti saudara Sunthara Segar juga tidak harus dilepaskan. Ini kerana penyampaian yang mudah difahami serta praktikal untuk mereka yang belum langsung mengenali kepentingan menguasai ilmu pengurusan kewangan.

Kita perlu buang sikap bodoh sombong kerana ia merupakan musuh yang bahaya untuk kita mencapai sasaran bebas dari hutang.


3. Inflasi

Dari segi istilah ekonomi inflasi adalah suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Nak informasi yang lebih lengkap sila rujuk pak WIKI di sini.

Paling mudah nak faham kat sini adalah nilai wang yang mengecil dari tahun ke tahun. 

Sebagai contoh jika 10 tahun dulu kita shopping di pasar saya kalau belanja RM 100, nampak penuh trolly shopping tu. Tapi kini kalau shopping RM 100, nak nampak separuh trolly pun sukar.

Kadar inflasi memang tidak boleh dielakkan kerana ia berubah dari semasa ke semasa kecuali rakyat dalam sesebuah negara itu sedar bahawa kuasa mengubah membeli barangan dari buatan tempatan boleh membantu mengurang kadar inflasi.

Apa pulak kesan untuk bebas dari hutang ?

Jika inflasi tinggi, nilai harga umum barangan dan perkhidmatan akan lebih kecil dan harga barang akan naik.

Peningkatan harga menjadi kebanyakan alasan kita masih perlu berhutang. Jika kita tidak berusaha untuk belajar dan mendalami ilmu pengurusan kewangan dengan betul, ia menyukarkan kita mencapai objektif asal iaitu untuk bebas dari berhutang.

Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Semoga ia bermanfaat kepada anda sedikit sebanyak untuk kenali musuh utama kita mencapai kebebasaran dari hutang.

Jumpa lagi untuk post seterusnya insyaa Allah.

Sekian. Terima kasih.


P/S : Jangan lupa Follow Networked Blog saya di facebook untuk saya lebih bersemangat berkongsi ilmu kepada anda.

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon