Wednesday, 11 June 2014

7 Faedah Amalan Menabung



Kuasa menabung jangan diabaikan. Saya menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Banyak kelebihan jika kita mengamalkan sikap menabung dan saya pernah kupas serba sedikit pada post yang lepas. Cuba search pada kotak disebelah kanan pada bahagian paling atas untuk perkataan menabung. Insyaa Allah anda akan jumpa tajuk yang berkaitan menabung.

Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 7 faedah amalan menabung dan saya harap informasi ini memberi manfaat kepada anda kelak.


7 Faedah Amalan Menabung


1. Meningkatkan pendapatan

Apabila menabung dan menyimpan di bank atau saham secara berterusan, kita memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen yang berganda.

Dalam keadaan tidak sedar kita berjaya menjadikan alternatif menabung sebagai jalan untuk meningkatkan pendapatan.


2. Meningkatkan kualiti hidup

Dalam masa panjang, menabung dapat membantu kita menikmati kehidupan lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang.


3. Membiayai pendidikan

Menabung mampu membantu kita membiayai kos pendidikan anak-anak supaya mereka memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sempurna.

Bagi yang masih belum berumah tangga, anda boleh mulakan menabung mulai sekarang untuk masa depan keluarga yang akan anda bina kelak.


4. Membeli rumah

Amalan menabung membolehkan kita menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian atau dikenali 'duit muka' apabila membeli rumah atau tanah. 

Dengan menabung ia mampu memudahkan kita memperolehi pinjaman penuh bank kerana kita mampu membayar wang pendahuluan yang tinggi.

Teringat saya pada kisah seorang rakan di tempat saya bertugas di mana beliau ingin membeli rumah dan telah berbincang dengan pihak bank untuk urusan pembelian rumah. 

Rakan saya telah diperlekeh untuk gaji pokok yang dimiliki sekarang iaitu RM 1500 untuk memiliki rumah. Pegawai bank itu berkata menurut perkiraan beliau, dengan gaji sebanyak ini sukar pihak bank meluluskan pinjaman untuk pembelian rumah.

Saya menasihatkan beliau untuk mula menabung secara khas untuk wang pendahuluan 10% dari harga rumah semasa.

Al maklumlah harga rumah semakin mahal saban tahun.

Mengikut kajian, peningkatan sebanyak 8% setahun daripada harga rumah kini menyebabkan sukar untuk mereka yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Jadi..mulakan amalan menabung mulai sekarang !


5. Tanggungjawab berumah tangga

Amalan menabung boleh membantu menyediakan generasi yang sentiasa menabung, terutama apabila mula bekerja supaya mereka mampu memulakan kehidupan berumah tangga tanpa berhutang.

Perkara seperti jarang berlaku bagi mereka yang baru mula bekerja. Kebanyakan mereka termasuk diri saya sendiri suatu ketika dulu tidak sedar untuk mula melakukan perancangan masa depan melalui amalan menabung untuk perkahwinan.

Ada sebuah produk info ataupun ebook yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang hantaran dan maskahwin secara lebih singkat. 

Ebook ini telah membantu ramai pasangan untuk berkahwin tanpa berhutang dan ia juga sesuai untuk anda yang merancang untuk membina rumah tangga.

Sila dapatkan informasi lanjut di sini !


6. Membeli barang keperluan

Apabila menabung sejak awal, kita memiliki wang untuk membeli kelengkapan dan perkakas rumah secara lebih murah melalui pembayaran tunai, sekaligus mengelakkan kita berhutang dan membayar pada harga lebih tinggi melalui ansuran.


7. Keselesaan waktu persaraan

Kebanyakan pekerja mengharapkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tabungan dihari tua. Sedangkan mengikut kajian majoriti wang dalam KWSP akan habis dalam masa 2 tahun.

Ini sangat menakutkan bagi mereka yang mengharapkan sepenuhnya dari simpanan ini.

Apa kata anda mulakan amalan menabung dari sekarang untuk menikmati kehidupan lebih selepas bersara kelak, bukan semata-mata bergantung kepada dana Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga perkongsian pada post kali ini membantu membuka minda anda untuk kuasa yang ada pada amalan menabung.


=======================
Amalan Menabung Dunia Akhirat
=======================

Amalan sedekah tidak boleh disangkal kelebihannya. Ramai orang kaya yang terus menjadi kaya dengan mengamalkan sedekah.

Sebagai umat Islam kita di sunatkan untuk melakukan sedekah setiap hari kepada mana-mana pihak yang memerlukan walaupun sedikit. Amalan ini memang tiada tandingan kelebihannya asalkan anda ikhlas mengamalkannya.

Ada sebuah rujukan sebuah ebook yang mengorek rahsia sedekah oleh seorang penulis yang bernama Zahidan Abdul Aziz. Beliau juga pernah menulis sebuah ebook tentang rahsia rezeki yang telah membantu ramai pembaca yang telah mengamalkan rahsianya.

Terdapat pecahan 32 bab yang diterangkan secara lengkap dari sudut istilah sehingga rahsia-rahsia lain.

Pada pandangan saya ia cukup bermanfaat untuk diamalkan untuk tabung dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut maklumat ebook Rahsia Sedekah, sila klik disini !




Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon