Tuesday 27 September 2011

Asas Penetapan Matlamat Hidup - Cakap Senang, Buat pun Senang


Asas menetapkan matlamat adalah satu rahsia terbuka yang biasa dikenali dari kalangan atlet berkaliber, peniaga yang berjaya dan semua jenis kejayaan melalui suatu bidang yang berbeza. Penetapan matlamat memberikan anda motivasi jangka pendek dan jangka panjang. Ia dapat membantu anda menetapkan fokus untuk mendapat pengetahuan serta membantu merancang serta mengatur langkah-langkah yang sesuai supaya anda boleh mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup anda.

Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak. Kenal pasti carta kemajuan anda agar dapat melihat tahap yang telah dicapai dan kaitkan dengan matlamat sebenar anda. Ini adalah cara untuk menghindari permasalahan hilang fokus dengan melakukan perkara yang sia-sia bagi mencapai matlamat anda. Tahap kecekapan dan keyakinan diri juga akan bertambah baik kerana anda sedar tentang keupayaan anda untuk mencapai matlamat.

Asas menetapkan matlamat akan melibatkan banyak keputusan yang perlu dibuat berkaitan dengan kehidupan peribadi dan apakah matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang bakal dilakukan. Kemudian anda perlu memecahkan matlamat kepada sasaran yang lebih kecil dan terurus bagi melengkapkan cara untuk mencapai sasaran sepanjang hidup anda. Setelah anda mempunyai senarai, anda tidak akan membuang masa untuk mencapai sasaran anda.

Cara yang baik untuk mempunyai senarai terurus adalah dengan menetapkan matlamat harian dan mingguan. Melalui cara ini, anda akan sentiasa berada dalam kedudukan yang berterusan ke arah matlamat anda. Setiap perkara yang dilakukan memberi anda peluang untuk memenuhi matlamat tertentu bagi mencapai kejayaan.

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh diambil kira bagi menetapkan matlamat.

1) Sikap memainkan peranan yang sangat besar dalam menetapkan dan mencapai matlamat anda. Anda perlu tanya diri anda adakah ada mana-mana tingkah laku negatif yang bakal menghalang anda untuk mencapai matlamat anda ? Jika anda mempunyai masalah sikap ini, maka anda perlu segera menanganinya.

2) Kerjaya adalah sesuatu yang bersandarkan pengurusan masa yang baik. Kegagalan dalam kerjaya sering dikaitkan dengan pengurusan masa yang tidak sempurna. Rancang sejauh mana yang anda mahu tuju dalam kerjaya anda.

3) Pendidikan ataupun ilmu adalah penting untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat yang anda tetapkan memerlukan anda mempunyai ijazah tertentu atau memerlukan pengkhususan dan kemahiran tertentu, maka buatlah perancangan untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai.

4) Keluarga juga tidak harus ketinggalan dalam rancangan anda. Jika anda baru bermula, maka anda perlu membuat keputusan ingin menjadi seorang ibu bapa yang mementingkan kebahagian keluarga.

5) Situasi kewangan peribadi juga memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat anda. Tetapkan matlamat yang realistik untuk berapa banyak wang yang ingin anda perolehi. Anda juga mesti berupaya untuk melakukan perancangan bagi mencapai potensi pendapatan untuk anda.

Untuk mencapai matlamat seumur hidup, disarankan tetapkan matlamat untuk 5 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk setahun akan datang, tetapkan perancangan untuk 6 bulan, bulanan, mingguan dan harian.

Kemudian lakukan setiap perancangan yang ditetapkan.

Sentiasa bersedia melakukan kajian semula rancangan untuk suatu perkara diluar jangkaan.

Asas penetapan matlamat hidup tidak menjadi sukar jika anda biasa melakukannya dari masa ke semasa.

Selamat mencuba.







Perlukah Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan (Refinance)

Ada beberapa sebab mengapa ramai orang melakukan pembiayaan semula pinjaman perumahan. Sebab paling biasa kita dengar adalah untuk mengambil kesempatan daripada kadar faedah yang diturunkan. Beberapa sebab lain membuat pembiayaan semula pinjaman rumah adalah untuk membayar hutang kad kredit yang tinggi , membuat pembaikan rumah, dan membina semula nilai kredit yang telah dipinjam agar tidak menjadi bertambah buruk.

Apakah perkara yang perlu dilihat oleh peminjam sebelum membiayai semula pinjaman perumahan ? Apabila anda membiayai semula pinjaman biasanya anda hanya membayar gadai janji lama dan menandatangani gadai janji baru. Ini bermakna sebahagian besar daripada kos yang sama apabila anda menandatangani gadai janji yang asal. Anda boleh dikenakan bayaran penalti untuk membayar nota awal tertakluk kepada negeri atau syarat-syarat pinjaman perumahan anda.

Individu yang ingin membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan perlu melihat beberapa perkara sebelum berbuat demikian. Cari syarikat yang boleh mengetepikan bayaran biasa. Ini termasuk perkara-perkara seperi yuran permohonan, yuran guaman dan yuran penilaian. Semua ini kebiasaannya dikaitkan sebagai syarat untuk menutup bayaran gadai janji baru. Ini berpotensi untuk menjimatkan beribu-beribu ringgit. Anda akan dikenakan bayaran bulanan yang lebih tinggi tetapi ia masih boleh diterima dengan penurunan kadar yang lebih rendah. Berapa lama anda bercadang untuk tinggal di rumah anda ? Jika jawapan anda hanya untuk beberapa bulan maka mungkin ini tidak dapat menampung kos yang terlibat dan anda tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman dari syarikat yang akan membiayai semula pinjaman perumahan. 

Mereka yang membiayai semula pinjaman rumah adalah bertujuan untuk membina ekuiti dengan lebih cepat. Melakukan pinjaman seperti ini bakal menampung kos yang lebih tinggi walaupun kadar yang lebih rendah. Kelebihan dari segi membina ekuiti dengan lebih cepat dan membayar kadar faedah yang kurang daripada masa gadai janji. Jika anda ingin membiayai semula gadai janji 30 tahun kepada 15 tahun dengan kos yang tinggi, anda mungkin boleh memeriksa gadai janji untuk 20 tahun yang mana ia masih boleh memperolehi kadar yang lebih rendah.

Beberapa perkara penting perlu diambil kira pada syarikat-syarikat yang membiayai semula pinjaman perumahan. Cuba untuk mendapatkan jaminan kadar yang tetap supaya ia dikunci semasa penutupan. Anda juga boleh cuba dan lihat jika mereka bersetuju dengan penurunan kadar yang sepatutnya sebelum berlaku penutupan. Membiayai semula pinjaman perumahan adalah cukup kompetitif jika syarikat tidak melakukan salah satu daripada pilihan mereka. Anda mungkin perlu memeriksa kelebihan yang disediakan oleh syarikat lain pula. Harus diingat bahawa matlamat utama pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah untuk mengurangkan bayaran anda atau untuk meningkatkan ekuiti rumah anda dalam masa yang singkat.



Monday 26 September 2011

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah


Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenang-wenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan bermula dari sekarang.

Saya ingin kongsikan kepada anda 10 cara pengurusan kewangan yang munasabah untuk dipraktikkan.

1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Tips pertama ini mungkin nampak mudah tetapi hakikatnya ia sukar untuk dipraktikkan. Anda perlu memastikan sama ada gaji yang diterima berbaloi berbanding kepakaran, produktiviti, keupayaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Menerima pendapatan yang rendah daripada yang sepatutnya akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.

Berapa banyak pun gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) 

Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang. 

3. Lunaskan hutang kad kredit 

Sikap suka berhutang ataupun pakai dulu bayar kemudian ni sangat tidak digalakkan. Memang seronok menggunakan kad kredit ini kerana tak perlu bayar secara tunai. Tetapi harus diingat bahawa berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan besar. 
Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat sukar untuk melunaskan hutang dan akhirnya berterusan menanggung hutang yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda bekerja menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Teringat saya kepada pepatah melayu " berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit ". Bukan "BUKUIT" macam JoZan pernah sindir pada Datuk David Teo tu..heheh (seloroh jer). 

Anda perlu menyimpan walaupun sedikit tetapi lakukan secara istiqamah. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Dr Irfan Khairi ada menetapkan kadar simpanan 10% setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Nota Kewangan, Nota Jutawan". 

Dicadangkan buatlah potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. 

Cari sebab mengapa perlu menabung dan tetapkan azam untuk kebaikan masa depan.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Banyak skim pelaburan yang ditawarkan oleh pihak bank. Cari dan pilihlah pelaburan yang mana sesuai mengikut kemampuan anda.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans 

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Pastikan kemampuan pendapatan anda sebelum membuat caruman insurans anda.


9. Kemas kini wasiat 

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Mengikut kajian kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik 

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Sebagai contoh rebet jika memberi buku-buku ilmiah, motivasi dan seumpamanya. Saya yakin kepada mereka yang biasa mengisi borang cukai pendapatan pasti tahu di mana pengecualian cukai yang dapat dibuat.


Itulah 10 tips pengurusan kewangan yang saya harap sedikit sebanyak membantu anda kelak. Sama-sama kita beringat sebelum ditimpa musibah. Fahamilah ilmu pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang.


Sumber rujukan : Do-It Info