Setiap pelaburan yang kita lakukan pasti ada sekelumit kesilapan walaupun kita telah mengambil langkah berhati-hati tetapi bagi pelaburan yang memerlukan modal besar kita harus selidikinya terlebih dahulu dan cuba dielakkan jika perlu. Bagi pandangan saya, setiap kesalahan pelaburan yang sering berlaku adalah berpunca dari pelaburan modal yang cukup besar. Andainya pelaburan serendah RM20 sebulan boleh menjana pendapatan anda itupun sudah memadai sebenarnya.
Bukan sahaja pelaburan menjadi faktor kesilapan,malah langkah kurang bersedia dari segi kewangan juga tidak dititik beratkan. Kita hendaklah pastikan situasi kewangan anda terlebih dahulu kemudian barulah membuat pelaburan. Pastikan anda mampu membayar hutang
kad kredit sebelum waktu yang ditetapkan, konsisten membayar hutang pinjaman besar seperti rumah, kereta dan sebagainya serta mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan kehidupan. Setelah semua perkara diatas mampu diurus dengan baik barulah mulakan pelaburan yang lain.
Jangan sesekali melabur dalam skim cepat kaya. Inilah pelaburan yang paling berisiko dan ia lebih menjurus kepada kehilangan dan kerugian sesuatu yang bernilai dalam hidup anda. Kalaulah ingin menjadi kaya tu senang dengan cara ni, dah ramai orang lain telahpun menjadi senang lenang. Sebaliknya, kita hendaklah memikirkan pelaburan jangka panjang, mempunyai sikap penyabar dan tenang walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi demi meningkatkan pelaburan kewangan anda.
Kesilapan pelaburan yang biasa dilakukan adalah berfikiran setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai nilai keuntungan. Lagi sekali saya tekankan, jika benar semua pelaburan menjanjikan keuntungan dah pasti ramai yang berani melakukan pelaburan. Ada pepatah menyatakan "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Maksudnya di sini kalau anda berani hanya melabur untuk nilai yang kecil, jangan sesekali berharap untuk mendapat keuntungan yang besar hanya dalam satu malam.
Kesimpulannya setiap pelaburan yang kita lakukan hendaklah dalam keadaan tenang dan membuat penyelidikan sedalamnya terlebih dahulu terutamanya membabitkan modal yang besar. Jangan hanya kesilapan kecil ketika membuat keputusan menyebabkan seluruh kehidupan kita punah ranah. Sekian. Terima kasih.