4 Langkah Kejayaan Dalam Perniagaan



Kekuatan ataupun kelebihan seseorang untuk melakukan bisnes dengan jayanya BUKAN terletak kepada kepetahan ia berkata-kata. 

Ia BUKAN juga terletak kepada faktor keturunan seseorang. Jauh sekali jika mempunyai kelebihan menipu orang. Aaaaa...diharap perkara maksiat seperti itu mohon dijauhkan. Aminnn...

Bagi pandangan saya kejayaan seseorang usahawan itu bermula daripada 4 formula iaitu formula DUIT.


1. DOA
Berdoalah kepada Allah demi memohon keredhaan-Nya untuk kita berjaya dalam perniagaan. Walaupun kita belum berkecimpung dalam bidang perniagaan TETAPI pohonlah kepada-Nya untuk terbitkan dalam hati agar dapat mula melakukan perniagaan demi mengikuti sunnah Rasulullah Sollallahhu'alaihi Wasallam.

2. USAHA
Berusahalah untuk mendalami ilmu perniagaan dari buku-buku, CD, Ebook dan sebagainya yang menyajikan panduan melakukan perniagaan. Jika anda masih lagi bekerja makan gaji, belajarlah dari pakar-pakar yang berpengalaman dalam perniagaan dan mulakannya sedikit demi sedikit.

JIKA anda seorang usahawan dan ingin memecahkan cabang perniagaan anda dalam bidang yang berlainan carilah mentor yang layak untuk dijadikan guru agar dapat membimbing dari melakukan kesilapan.

Usaha tangga kejayaan !

3. ISTIQAMAH
Konsistensi setiap usaha yang dilakukan. Kekalkan momentum gerak kerja yang sedang dilakukan dan lakukannya secara berterusan. JANGAN pandang belakang !

Disamping itu istiqamahlah dalam ibadah sunat seperti solat sunat Dhuha disamping memperbanyakkan amalan yang mendekatkan kita kepada tuhan. Allah telah berjanji kepada hambanya yang beriman, PASTI dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada mereka yang bertaqwa seperti mana firman Allah dalam surah At-Taalaq ayat 2 & 3 yang bermaksud :

"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), [2] 

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [3] "

4. TAWAKKAL
Berserah diri ataupun 'submission' kepada Allah bulat-bulat setelah usaha yang diatas telah dilakukan dengan cara yang terbaik seperti mana firman Allah di atas pada ayat yang ke 3.

Jika kita masih gagal mendapat kejayaan yang diimpikan percayalah Allah itu Maha Adil.

Diharap perkongsian ini menjadi ingatan buat diri saya dan juga pengunjung blog ini. 

Sekian. Terima kasih.


Daripada;
Azeri bin Abdul Wahab


P.S : Percayalah setiap langkah yang betul menuju matlamatnya , lambat atau cepat tidak menjadi masalah. Yang penting lakukan yang terbaik kerana Allah. Apa jua sekalipun. In syaa Allah.

Popular posts from this blog

7 Faedah Amalan Menabung

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Menghadapi Masalah Kewangan

7 Tip Asas Pelaburan Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

Update di FB