Monday, 8 April 2013

Belanja Kahwin Jadi Mimpi Ngeri Bagi Pengantin Lelaki

"Mak aiii...macammana aku nak kahwin tahun depan ni kalau duit simpanan masih macam nie (tahap cukup makan jer)" keluhan bakal pengantin lelaki.



Dialog di atas mungkin antara keluhan bakal pengantin lelaki kerana...



...kebanyakan lelaki pada zaman ini menjadi takut untuk berkahwin apabila melihat kos hantaran, maskahwin, perbelanjaan untuk bertunang sehinggalah ke majlis perkahwinan. Setiap perbelanjaan ini yang membebankan serta menjadi mimpi ngeri kepada bakal pengantin zaman ini.




Kredit gambar dari www.maskahwin.com



Trend perkahwinan seperti ini sedikit sebanyak menjadikan peningkatan masalah perhubungan haram berlaku di Malaysia dari tahun ke tahun. Bayangkan sekiranya lulusan ijazah yang tamat pengajiannya memperolehi gaji dari RM1500 ataupun RM1800 sebulan. Setelah tolak KWSP dan zakat, gaji kini berbaki RM1500. Dengan baki inilah peruntukan untuk...


  •     Hutang motorsikal
  •     Hutang PTPTN
  •     Sewa rumah
  •     Hutang komputer
  •     Hutang kad kredit
  •     Duit belanja kepada ibu dan bapa
  •     HUTANG KAHWIN ?!



Tahukah Anda ?

Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.

Lihat gambar petikan berita Harian Metro bertarikh 2 March 2010 di bawah ini !







Hakikat Kehidupan


Setelah dicongak bajet untuk simpanan mungkin hanya dari RM100 sehinnga RM300 sahaja sebulan. Ada jugak sebahagian mereka yang sampai dah tak boleh menyimpan pun ada. Saya harap anda tidaklah sampai ke tahap itu ye dak.

Sebenarnya kalau kita melayan kehendak ibu bapa ataupun pasangan yang mahu menjayakan kenduri mengikut adat, kita terpaksa berhutang. Lebih menyedihkan lagi ada sebilangan pasangan masih belum dapat menyelesaikan hutang kahwin walaupun anak dah 2 orang.

Tiada masalah sebenarnya jika kita tahu cara untuk menguruskan hutang.

Saya ingin cadangkan kepada bakal pengantin lelaki yang buntu mencari jalan untuk mengumpul duit untuk perkahwinan, cuba lihat idea-idea yang diterangkan di laman web di bawah ini dan dapatkannya pada harga yang berpatutan. Sila layari http://www.maskahwin.com/hop.php?ref=rietpg sekarang!


Minda Positif

Apa jua keadaan yang kita hadapi, pastikan minda kita sentiasa positif. Jangan salahkan pasangan dan kedua ibu bapa kita kerana ingin melihat majlis perkahwinan yang meriah dan gah. Mereka cuma mengikut trend dan adat masa kini yang disebabkan beberapa faktor lain seperti harga barang yang naik, harga minyak naik dan nilai pendidikan anak perempuan mereka.

Bakal pengantin lelaki perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan secepat yang mungkin. Cari sebab yang kuat untuk melakukan perubahan kewangan.



Tip Kepada Bakal Pengantin

Sebaik-baiknya, berikan penjelasan secara berhikmah kepada ibu bapa, supaya mereka dapat menerima dengan hati yang terbuka. Kita perlu memberitahu kesan² sekiranya kita terpaksa berhutang. Begitu juga kesannya apabila pengantin perempuan memaksa pengantin lelaki memberi duit hantaran yang tinggi. Bebanan turut ditanggung oleh pengantin perempuan dikemudian hari.

Mungkin ada impaknya jika dilakukan dengan cara yang betul. Ada bran ker ?


Oklah...sampai sini dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada anda.


Akhir kata dari saya, kita memang tidak merancang untuk gagal TETAPI kita gagal untuk merancang.


Sekian. Terima kasih.


Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

2 comments:

  1. hutang nie kalau tak diuruskan dgn betul membawa ketegangan dlm diri sendiri dan seterusnya menjejaskan keharmonian rumahtangga...

    ReplyDelete
  2. Benar sekali tuan Hairul Hissam. Ketegangan rumah tangga secara majoriti berpunca daripada kegagalan pengurusan hutang.

    Dek kerana hutang berpanjangan...hidup makin tak keruan.

    Terima kasih kerana memberi komentar.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon