Rebat - Satu Ganjaran atau Penipuan ?



Rebat kini semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan semestinya barangan seperti komputer dan elektronik dijadikan tawaran. Rebat sebanyak RM20, RM50 dan RM100 bukan perkara luar biasa pada zaman kini.



Ada juga syarikat yang membuat penawaran rebat secara peratus bagi setiap pembelian seperti mana yang dilakukan oleh ToneExcel. Rebat tunai sebanyak 3% daripada setiap penggunaan kredit topup sebulan diberikan kepada penguna simkad Tone Excel.

Tidak kiralah apa jenis rebat yang ditawarkan, yang penting kita harus tahu adakah rebat itu satu ganjaran ataupun penipuan.

Pernahkah anda melihat iklan yang menawarkan " percuma selepas tolak rebat ". Adakah iklan seperti ini indah khabar dari rupa ?

Tidak dinafikan ada pihak yang melakukan penipuan dengan ayat iklan seperti di atas sehingga ramai yang menjadi mangsa penipuan. Perkara ini mampu dielakkan jika anda berhati-hati dengan tawaran rebat sebagai contoh rebat telefon pintar yang banyak tawarkan oleh syarikat barangan elektronik amnya dan syarikat telekomunikasi khasnya merupakan satu tawaran yang baik.

4 Peraturan Rebat Untuk Elak Dari Mangsa Penipuan

Peraturan 1 - Tawaran rebat dari syarikat besar dan terkenal

Kebanyakan syarikat besar dan dikenali ramai mempunyai reputasi yang baik bagi semua jenis tawaran termasuk tawaran rebat. Pastikan anda kenali dulu syarikat yang menawarkan rebat kepada pelanggan mereka.

Peraturan 2 - Semak Tarikh Luput Rebat

Pastikan anda semak tarikh luput tawaran rebat untuk mengelakkan dari tarikh luput.

Peraturan 3 - Mengisi borang untuk difailkan sebagai rekod

Pastikan anda mengisi borang perlu diisi untuk direkod sebelum anda meninggalkan kedai. Hampir kebanyakan permohonan rebat meminta anda mengisi borang, resit pembelian dan bar kod.

Peraturan 4 - Simpan salinan bukti pembelian dan sebagainya

Buat salinan pembelian untuk simpanan anda. Walaupun perkara ini nampak remeh namun jika sesuatu yang berlaku sebagai contoh kehilangan data pembelian oleh pihak penjual, salinan pembelian ini boleh menyelamatkan anda kelak.


Kesimpulan

Apa jua urusan pembelian yang melibatkan tawaran rebat kepada anda, pastikan ke empat-empat peraturan di atas anda dapat lakukan bagi mengelak dari kes penipuan. Jangan mudah tertipu dengan teknik promosi rebat yang boleh menarik perhatian ramai pelanggan tanpa melakukan sesuatu sebagai langkah berjaga-jaga.

Sekian dahulu perkongsian saya kali ini. Semoga informasi yang telah dikongsikan memberi manfaat kepada anda.

Sekian. Terima kasih.

Popular posts from this blog

7 Faedah Amalan Menabung

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Menghadapi Masalah Kewangan

7 Tip Asas Pelaburan Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

Update di FB