Sunday, 18 January 2015

3 Kunci Kewangan Paling ASAS




Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya mengemaskini perkongsian maklumat pada blog ini. Masih dalam topik kewangan kerana fokus penulisan saya masih berkisarkan perkongsian ilmu kewangan.

Tahun 2015 bukan lagi masa untuk bermain-main dengan situasi ekonomi sekarang. Masing-masing perlu mantapkan ilmu kewangan. Perbaiki mana yang patut dan cuba melakukan tindakan secara pro aktif.

Suatu perancangan yang terbaik PERLU dilaksanakan bagi menyusuri arus cabaran ekonomi masa kini.

Mahu atau TIDAK mahu, kita harus menempuhinya sebaik mungkin.

Berikut saya terangkan 3 kunci kewangan tersebut seperti di bawah.


========================
3 KUNCI KEWANGAN ASAS
========================

Pada post kali ini saya ingin terangkan B2B ( Back To Basis ) tentang kewangan. Diharap ia membantu anda kelak.

Terdapat 3 Kunci Kewangan yang paling ASAS untuk anda ikuti, antaranya :


1) Belanja KURANG daripada pendapatan

Perkara ini mungkin ramai orang sukar mempraktikkannya. Ini termasuklah dengan diri saya sendiri. JIKA kita dapat kuasai perkara pertama ini (BUKANlah sampai kedekut ye tuan-tuan dan puan-puan) ia akan menjadi kekuatan asas yang paling UTAMA untuk berjaya dalam pengurusan kewangan.

Dicadangkan kepada anda, sebelum membuat pemembelian sesuatu barangan dan perkhidmatan hendaklah cari 10 sebab dulu kenapa anda perlu membayar.

Diperingkat ini, kita akan faham kesan kepada pemborosan dalam perbelanjaan boleh mengakibatkan penderitaan.

Nanti akan wujudlah 'jentikan nafsu' untuk membuat pinjaman dengan pihak bank, saudara-mara, adik-beradik dan yang paling MALANG lagi membuat pinjaman dengan pihak Ah Long.

Mungkin TIADA masalah andai kita yakin mampu membayar hutang seperti yang dijanjikan TETAPI jika kita melakukannya hanya kerana memenuhi kehendak, ia merupakan suatu kerugian.

Kita rancang perbelanjaan sebaik mungkin mengikut keperluan BUKAN mengikut kehendak. Insyaa Allah pasti anda berjaya menguruskan wang anda.



2) Tambahkan SIMPANAN

Pakar kewangan dunia dan tempatan sekalipun menasihatkan kita perlu menyimpan minima 10% daripada gaji kita setiap bulan.

Sebagai contohnya...ketika sampai hari gaji kelak anda terus asingkan gaji bersih anda sebanyak RM150 daripada gaji bersih anda iaitu RM1500.

Sukar ?

Ya memang sukar pada permulaan dan percayalah menyimpan untuk diri perlu diberi keutamaan. Kita perlu melakukan persediaan pada apa jua yang bakal berlaku di masa hadapan.

Jika tak boleh juga anda lakukan, sila mulakan dulu dengan menyimpan sebanyak 2% daripada gaji bersih, kemudian naik pula 5% selepas beberapa bulan sehinggalah anda boleh menyimpan sebanyak 10%.

Sebenarnya lagi lebih anda menyimpan ia lebih bagus. Mulakan secara harian RM2 sehari. JIKA sebulan anda dah menyimpan sebanyak RM60. Setahun dah jadi RM720. Kalau 10 tahun dah jadi RM7200. Banyak tu kan tuan-tuan dan puan-puan.

Apa yang penting kita perlu ada sikap SABAR dan ISTIQAMAH ketika mempraktikkan perkara ini.

Boleh ? Ya...ANDA pasti BOLEH !!



3) Tambahkan PENDAPATAN

Alasan tidak cukup wang TIDAK harus keluar dari mulut kita. Kita perlu sebutkan perkataan yang POSITIF untuk mencipta aura yang baik untuk kita melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, cuba anda sebut " Aku kaya ". Apa yang anda dapat rasakan. Pasti aura positif mengalir dari seluruh badan anda kan. Betul tak ?

Bina semangat diri sendiri dengan menyebut perkataan yang positif sahaja. Siapa lagi yang harus melakukannya selain dari diri sendiri. Mulakannya SEKARANG !

Dalam Islam sendiri menuntut kita sentiasa berdoa. Sebagai umat Islam berdoa merupakan 'senjata'. yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sendiri boleh melihat setiap bait-bait doa dalam solat terutamanya mempunyai maksud yang mengandungi aura positif yang sangat banyak.

Disebabkan itulah di sekitar kehidupan kita perlu dikelilingi dengan perkataan-perkataan yang POSITIF sahaja.

Banyakkan berdoa  kepada Allah, agar dimurahkan rezeki. Mohon kepada-Nya agar dapat menemui satu sumber pendapatan kedua serta halal di dunia ini.


Berdiri 2 Kaki LEBIH Baik

Jika sekarang anda mempunyai SATU sumber pendapatan, adalah lebih baik anda mempunyai 2 sumber pendapatan.

Sumber pendapatan kedua ini bolehlah diumpamakan seperti kekukuhan berdiri dengan 2 kaki. Mana mungkin kita berjalan dengan stabil JIKA hanya memiliki satu kaki sahaja.

Anda dapat bayangkan tak ?

Carilah jalan alternatif anda untuk menambah sumber pendapatan anda..

Saya ingin mencadangkan kepada anda JIKA anda masih mencari sumber pendapatan pasif secara ONLINE ataupun OFFLINE anda boleh KLIK SINI !

Sekian dahulu perkongsian saya. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak maklumat dan mampu membuka minda anda untuk faham asas kewangan. Insya Allah.

Sekian. Jumpa lagi pada post yang lain.


Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon