6 Langkah Keluar Daripada Beban Hutang



Berhutang tak salah, tetapi mereka yang TIDAK berusaha melangsaikan hutang yang menjadikan masalah.

Siapa yang tak pernah berhutang seumur hidup kan !

Semua orang akan berhutang walaupun pada awalnya tidak ingin berhutang. Kalau kita pinjam 10 sen dari kawan pun kalau tak bayar hutang kelak ia tetap dinamakan hutang.

Dalam Islam hutang mesti dilangsaikan seperti mana yang telah dijanjikan.

Berikut saya kongsikan 6 langkah untuk keluar dari beban hutang. Diharap ia membantu anda.


================
6 langkah keluar daripada beban hutang
================

1) Hilangkan perasaan susah dan sedih

Buangkan perasaan negatif ini. Ia bakal melemahkan semangat kita dimana pada mulanya kita ingin melangsaikan hutang.

Perlu ada kekuatan untuk akui tersilap langkah kerana berhutang.


2) Tanamkan sifat rajin

Kita boleh tipu orang lain tetapi kita tak boleh menipu diri sendiri. Jujur pada diri untuk menjadi insan yang rajin.

Buat sesuatu untuk menambah pendapatan pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya.


3) Berani

Kita perlu ada keberanian untuk menjadikan peluang menjana pendapatan kedua dalam kehidupan. Berani adalah satu sifat agar sentiasa meningkatkan motivasi diri.

Sebagai contoh berani bertukar kerja jika ada peluang lain dan sentiasa meningkatkan prestasi kerjaya.


4) Banyak memberi dan bersedekah

Pepatah orang puteh ada menyebut " Give first, earn later ". Dalam Islam bersedekah adalah satu amalan yang amat digalakkan.

Bantulah orang lain walaupun kita belum keluar daripada hutang. Insyaa Allah pasti Allah sediakan jalan keluar untuk mudahkan urusan hutang.

TIPS : Sebelum kita tidur, kita bahagikan sebahagian wang atau material untuk dibahagikan kepada orang lain pada besok hari.


5) Mengurus kembali hutang

Lakukan penstrukturan semula hutang agar kita dapat menyelesaikan hutang dengan cepat.

Buat jadual penstrukturan hutang. Manfaatkan pendapatan sampingan untuk membayar hutang.

Adakan hubungan baik dengan phak pemiutang. Berbincanglah dengan baik, pasti ada jalan keluar.


6) Doa dan Tawakkal

Sebagai orang Islam setiap usaha yang gigih telah diusahakan hendaklah diakhiri dengan bertawakkal kepada Allah.

Pengakhiran setiap usaha kita amatlah bergantung sepenuhnya 100% kepada Allah. Pasti Allah ada jalan tersendiri untuk hamba-Nya yang berusaha dan bertawakkal.

Yakin dengan formula DUIT ( 4 langkah kejayaan perniagaan ) yang pernah saya kongsikan pada post yang lalu.

Rasulullah ada bersabda :

" Sesiapa yang rohnya terpisah dari jasadnya dan dia bebas daripada tiga hal; pertama sombong, kedua ghulul (khianat) dan ketiga hutang, maka dia akan masuk syurga." (Riwayat Ibn Majah)

Sekian untuk post kali ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda.

Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk sama-sama mendapat pengajarannya !


================
Rahsia Rezeki - versi Panduan Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah & Diberkati
================

Tak dapat rasa nikmat memperolehi rezeki ? Gaji yang diperolehi setiap bulan cukup lumayan tetapi terasa seperti "NOTHING".

Kerja bagai nak rak tetapi keberkatan rezeki itu tiada. Banyak kebocoran wang tanpa disedari berlaku.

Diri mula merungut dan tertekan.

Mungkin ebook Rahsia Rezeki ada jawapan untuk menyelesaikannya.

Ebook ini akan membongkarkan..

  • 6 Sebab Mengapa Rezeki Anda Menjadi Sempit
  • 15 Amalan yang boleh anda lakukan untuk menambahkan rezeki
  • 5 Petua untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda


Turut terkandung di dalam ebook ini..

  • Ayat serta surah di dalam al-quran yang boleh anda amalkan untuk membuka pintu rezeki
  • Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa memohon keberkatan rezeki yang melimpah ruah
  • Petua serta peraturan berniaga di dalam islam
  • Keajaiban bersedekah
  • Kehebatan ayat 1000 dinar
  • Rahsia bangun awal pagi
  • Rahsia rezeki di dalam menunaikan haji dan umrah
  • dan banyak lagi tips, panduan serta petua menarik..

Tawaran dibuka pada harga yang cukup istimewa. 

Sila dapatkan di sini !


Popular posts from this blog

7 Faedah Amalan Menabung

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Menghadapi Masalah Kewangan

7 Tip Asas Pelaburan Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

Update di FB