Monday, 3 October 2011
Kenapa Saya Patut Bajet Wang ?
Pernahkah anda berkata bahawa anda tahu ke mana perginya wang yang telah anda belanjakan dan anda berfikiran tak perlu merekod perbelanjaan ? Saya ingin mencabar anda supaya mengingati setiap sen yang anda telah belanjakan dalam masa sebulan.
Anda akan terperanjat dengan apa yang dibelanjakan. Sebagai contoh anda ambil jumlah yang telah dibelanjakan ke atas salah satu item yang tidak perlu bagi bulan itu, ia akan bertambah selama 12 bulan dalam masa setahun dan dikalikan pula dengan 5 untuk mewakili 5 tahun.
Hasilnya adalah berapa banyak sepatutnya anda dapat simpan dan keuntungan yang sepatutnya anda perolehi dalam masa lima tahun. Disebabkan itulah kita semua memerlukan perancangan untuk bajet wang.
Jika kita boleh mengawal perbelanjaan kita yang kecil dalam kehidupan kita, insyaallah kita dapat menikmati kejayaan dalam kewangan.
Antara perkara kecil yang boleh dilakukan pengiraan sebagai contoh anda memotong apa yang anda belanjakan untuk makan tengah hari daripada RM5 kepada RM3 sehari pada setiap waktu bekerja. Jika seminggu anda telah jimat sebanyak RM10 ... sebulan RM40 ... dan dalam tempoh 5 tahun sebanyak RM2400.
Bagaimana...anda faham apa yang saya maksudkan melalui kiraan anggaran itu tadi. Ia benar-benar perkara yang kecil dan anda tetap makan tengah hari setiap hari dan sebahagian penjimatan perbelanjaan tadi anda boleh simpan tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. Sebenarnya terdapat banyak perbelanjaan yang boleh dikurangkan jika anda benar-benar merancang bajet harian anda.
Tetapkan matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Jika ia penting kepada anda, maka inilah masanya untuk anda mulakan.
Jika anda ingin membuat pembayaran untuk sebuah rumah, bayaran yuran kolej untuk anak-anak anda, membeli sebuah kereta, melancong atau apa-apa sahaja maka itulah matlamat anda dan alasan untuk melakukan penjimatan dengan merancang bajet pada keadaan kewangan sekarang.
Saya harap informasi yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membuka minda anda untuk terus merancang bajet anda. Terima kasih.
Related Posts
Azeri
Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.
Comments