Sunday 22 April 2012

Implementasi 3J Untuk Menjana Pendapatan

Saya teringat pesanan dari salah seorang ketua jabatan di tempat saya bekerja menyatakan " ...kita sering memikirkan masalah TETAPI tidak cuba memikirkan cara bagaimana menghadapi masalah". Kata-kata itu membuatkan saya terfikir sejenak dan bagi pandangan saya mungkin ada kebenarannya. 

Dari situ saya mula praktikkan dalam hidup saya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaianya. Seperti mana ada dinyatakan dalam hadis dari Riwayat Abu Daud ayat menyatakan bahawa Rasulullah Sollallahhua'laihiwasallam bersabda.

"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram"


Kita perlu yakini bahawa Allah maha bijaksana dan maha adil yang telah menjadikan setiap apa jua masalah di dunia ini pasti ada penyelesaiannya.

Jana pendapatan dengan 3J

Ada sedikit tip yang saya dapat dari salah seorang pakar kewangan Malaysia iaitu Dr Niki Shuhada binti Shukor yang telah berkongsi tentang konsep 3J bagi menjana pendapatan anda. Ia adalah asas untuk sama-sama kita praktikkan dalam kehidupan harian kita.

  1. Jimat - Setiap perbelanjaan haruslah memikirkan bagaimana untuk berjimat. Janganlah kita berjimat sampai ke tahap kedekut pula. Bukan begitu maksudnya. Sebagai contoh kita boleh ambil dari penggunaan handphone. Kita perlu memikirkan siapa yang kita menelefon dan SMS. Adakah ia penting untuk kita menghubunginya. Yang kedua mungkin kita boleh menjimatkan dari segi penggunaan elektrik di rumah. Ajar anak kita turut sama menjimatkan penggunaan elektrik. Contoh-contoh lain mungkin juga penjimatan dari segi makanan, hiburan dan seumpamanya.
  2. Jual - Menjual barangan terpakai yang kita boleh jual. Mungkin barang-barang lama yang kita boleh perbaiki sebagai contoh baju-baju, kasut, tas tangan, surat khabar lama, buku dan sebagainya. Anda juga boleh menjual perkhidmatan sebagai contoh mungkin anda pandai make-up kemudian anda menjual perkhidmatan untuk make-up kepada bakal pengantin dan seumpamanya. Contoh jual perkhidmatan lain mungkin anda pandai gunting rambut ataupun anda mengadakan kursus untuk kemahiran.
  3. Jana -  Melakukan pelaburan wang untuk mendapatkan wang. Money makes money. Sebagai contohnya anda melabur untuk perniagaan anak saudara membuka kedai burger dan anda menetapkan perjanjian untuk turut sama mendapat perkongsian keuntungan mengikut peratusan dan seumpamanya.

Konsep ini mungkin nampak simple tetapi kalau kita secara konsisten cuba mempraktikkan semua ini dalam kehidupan kita insyaallah walaupun harga petrol dan harga makanan naik sekalipun kita mampu menghadapi. Insyaallah.

Saya harap kita sama-sama dapat amalkan konsep 3J sepertimana yang diterangkan di atas. Selepas ini kita harus fikirkan cara bagaimana menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Selamat mencuba !

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon