Sunday 25 May 2014

5 Tip Kewangan Yang Bermanfaat Dari Irfan Khairi

Salam hormat,

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Seperti biasa pemilik blog ini suka berkongsi maklumat tentang kewangan kepada anda.

Saya sebenarnya tertarik dengan 5 tip kewangan yang bermanfaat dari facebook Irfan Khairi dan ia bermanfaat kepada anda dan juga saya. Insyaa Allah.

Topik berkenaan kewangan jarang dibincangkan tetapi kebanyakan masalah berlaku disebabkan kurang ilmu tentang kewangan. Antara 5 tip kewangan yang dikongsikan oleh beliau antaranya...



Kredit gambar dari KOSMO


  1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini.
  2. Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga.
  3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga.
  4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki!
  5. Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!


Sekianlah 5 tip kewangan tersebut dan harap anda dapat hadam kesemuanya dan cuba praktikkan sebaik-baiknya.

Sekian. Terima kasih.

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

1 comment:

  1. Irsfan khairi antara jutawan internet paling do hormati malaysia. Ramai yang nak jadi macam dia termassuk saya. tapi setakat ni saya cuma mampu kerja online slow tambah pendapatan je. ehhe


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon