Sering kita membaca dan mendengar saranan 10% daripada pendapatan hendaklah disimpan terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan lain.
Betul tak ?
Walaupun secara amnya ramai yang tahu tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan wang, namun ramai yang sukar mendisiplinkan diri untuk melakukannya. Ia turut terjadi kepada saya suatu masa dahulu.
Persoalannya adalah disiplin diri untuk menyimpan 10% dari sumber pendapatan.
Salah satu cara yang saya lakukan untuk menyimpan wang TANPA disedari adalah dengan cara memotong secara AutoDebit dari gaji bulanan saya. Melalui cara ini kita tak sedar apa yang berlaku pada baki simpanan kita. Apa yang penting kita jangan ambil kisah apa yang berlaku pada akaun bank itu. Oh ya....kalau boleh tetapkan akaun bank yang lain dari bank yang menyimpan gaji bulanan anda.
Oklah kita balik kepada topik.
Saya suka dengan saranan dari Irfan Khairi iaitu seorang pakar kewangan dan jutawan muda usahawan internet Malaysia agar membuat simpanan 10% dari pendapatan kita terlebih dahulu.
Konsep "Pay Yourself First !" perlu diterapkan dalam diri terlebih dahulu.
Kemudian barulah kita merancang perbelanjaan lain seperti bil-bil, bayaran sewa beli dan sebagainya.
Memang sukar untuk menyimpan 10% pada permulaannya. Tetapi jika kita cuba berpandangan jauh dan meneliti kelebihan kuasa menyimpan wang anda pasti boleh melakukannya.
Jadi bagaimana cara nak mensasarkan simpanan 10% dari pendapatan ?
Mula menyimpan dari 1% dari pendapatan terlebih dahulu - Jika gaji bulanan anda RM 2000 ini bermakna anda harus menyimpan sebanyak RM 20 sebulan. Kalau dicongak dalam masa setahun anda berjaya menyimpan sebanyak RM 240.
Tahun berikutnya anda cuba tingkatkan jumlah simpanan anda sebanyak 2%. Jumlah simpanan anda akan meningkat ditambah pula kenaikan gaji tahunan pekerjaan anda. Andai kata gaji anda tahun berikutnya sebanyak RM 2200, maka jumlah simpanan bulanan anda meningkat sebanyak RM 44 sebulan. Cukup setahun simpanan anda menjadi sebanyak RM 528. Ini bermakna jumlah terkumpul simpanan anda dah ada sebanyak RM 760.
Anda nampak tak permainannya ?
Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit
Inilah pesan orang lama biarpun sedikit simpanan kita TETAPI jika dilakukan secara konsisten ia akan terus meningkat dari bulan ke bulan, tahun ke tahun.
Apa yang penting kita perlu melakukan simpanan !
Mulakan dari sasaran 1% terlebih dahulu untuk membina kekuatan agar mampu menyimpan sehingga 10% suatu waktu nanti.
=============================
Rahsia Menjadi Kaya Dengan Bersedekah
=============================
Kuasa bersedekah memang tidak dapat dinafikan kelebihannya. Sehinggakan kita disunatkan untuk melakukan sedekah setiap hari.
Ada sebuah ebook yang telah dikarang oleh Zahidan Abdul Aziz bertajuk Rahsia Sedekah. Ebook ini mengupas bagaimana dengan bersedekah, kita boleh menjadi kaya dan merimpah ruah rezeki kita.
Ia turut memuatkan kisah tentang seseorang biasa yang merupakan orang melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih RM 400 juta untuk pembangunan insan disekelilingnya sebagai sedekah.
Pelbagai cara untuk kita memulakan sedekah sehingga tersenyum pun dianggap sebagai sedekah, meringankan bebanan orang juga dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah dan lain-lain perkara kebaikan yang lain.
Ketahui rahsia kuasa sedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah menerusi ebook ini. Ketahuilah selok-belok bersedekah, kerana tidak semua sedekah diterima Allah.
Jika anda ingin mengetahui apakah isi kandungan yang ditulis dalam ebook tersebut, anda boleh lihat di sini !
Sekian. Terima kasih.