Thursday 2 April 2020

Formula 3 Langkah Sokong Kempen BMF Demi Ekonomi Islam



Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Kempen BMF (Buy Muslim First) harus diteruskan. Jangan mudah berputus asa !

Usaha untuk menyatukan pengguna muslim agar mengutamakan pembelian produk keluaran muslim terlebih dahulu sebelum membeli produk non muslim harus disokong oleh kita sebagai pengguna muslim.

Kempen BMF ini perlu dipandang secara objektif. Kita perlu jelas mengapa kita perlu menyokong usaha ini.


Taraf Ekonomi Bumiputera di Malaysia


Setelah kita nikmati kemerdekaan selama 62 tahun, apakah status ekonomi bumiputera semasa.

  • 72% orang kita masih tidak mempunyai aset kewangan
  • > 50% memiliki kurang RM600 dalam ASB
  • Kesukaran Syarikat Muslim berpotensi untuk memperolehi dana mengembangkan syarikat
  • >50% anak-anak melayu dari keluarga B40 berhenti sekolah selepas PT3
  • >40% pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000
  • Banyak produk muslim berkualiti tinggi tetapi lemah dalam aktiviti pemasaran.

Kenapa ia terjadi demikian ?

Saya berpandangan sekarang bukanlah masa untuk mencari masalah yang telah berlalu. Kita tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak. Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah kita WAJIB bertindak !

Walaupun kerajaan telah membelanjakan lebih RM1 Trillion untuk orang melayu namun ekonomi muslim masih sukar berada diperingkat yang memberangsangkan.

Baiklah....sekarang kita fokus kembali kepada formula 3 langkah untuk menyokong kempen BMF agar berjaya dengan cemerlang dan gemilang.

Berikut adalah 3 langkah tersebut.


3 Langkah Menyokong Kempen BMF


Formula ini merupakan cetusan idea dari hasil perbincangan badan NGO yang memperjuangkan hak pengguna seperti PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan beberapa badan NGO yang lain.


1) S - Spend
Ubah setiap perbelanjaan kita kepada produk usahawan muslim terlebih dahulu. Sekiranya kita semua mengubah setiap belian kita kepada produk muslim, lebih banyak peluang pekerjaan disediakan kepada orang muslim.

Kita lihat sekarang ini, berapa ramai yang terganggu keimanan mereka hanya kerana ingin mendapatkan pekerjaan dengan majikan non muslim.

Percayalah rakan-rakan sekalian melalui sokongan kita kepada kempen BMF (Buy Muslim First) ini, lebih banyak aqidah umat Islam dapat diselamatkan dan bukan itu sahaja malah memberi kesan positif kepada agama Islam itu sendiri.

Ekonomi muslim juga akan berubah dan ketika itu kita akan sedar betapa penting kempen BMF ini.

Dengan hanya perlu menukar corak belian kita kepada produk muslim secara istiqamah, insyaAllah banyak nikmat yang akan kita kecapi suatu hari nanti. Percayalah !


2) U - Unite
Bersatu teguh, bercerai kita roboh.

Anda pernah dengar kata semangat ini ? Pasti pernah kan!

Kita tak mungkin bersatu dalam ideologi politik. Kita tak mungkin boleh bersatu sepenuhnya dalam persatuan tertentu. Tetapi sekiranya kita bersatu menyokong usaha sebuah koperasi yang ditubuhkan khas untuk menyatu padukan pengguna muslim semua iaitu Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .

Berdasarkan konsep PENGGUNA PEMILIK EKONOMI bakal memberi implikasi positif kepada hati setiap pengguna Islam.

Kita perlu bersatu hati dengan lebih teguh di bawah satu bumbung agar momentum kita tetap konsisten melalui plan perancangan yang telah dijalankan oleh pihak KoPPIM.

Percayalah....sekiranya kita bersatu, ekonomi muslim akan membangun dengan jayanya kelak. InsyaAllah.




3) F - Fund
Usaha ini tidak akan berjaya sekiranya kita tiada dana yang cukup besar. Melalui dana ini akan memudahkan segala pelan perancangan berjalan dengan lancar.

Anda hanya dengan melabur minima sebanyak RM100 sebulan atau anda menjadi syer sebanyak RM500 bagi setiap syer untuk menikmati perbagai faedah yang istimewa.

KoPPIM mensasarkan dana dari 1 juta ahlinya.

Apakah tawaran koperasi ini ?

Berikut adalah tawaran KoPPIM kepada anda.

1) Menjadi landasan utama Muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian.
2) Menjadi pelabur strategik di dalam ‘supply chain development’
3) Menjadi pengurus dana syer dalam sektor strategik
4) Menjadikan Pengguna sebagai pemilik kekayaan ekonomi
5) Memastikan ‘fair distribution of wealth’

InsyaAllah KoPPIM bakal menjadi satu pelaburan strategik demi membangun ekonomi umat Islam.

Antara manfaat KoPPIM bagi komuniti Islam ialah memberi perkhidmatan sosial secara percuma untuk semua...

1) Pengguna Islam belanja runcit keluarga RM1,500 sebulan
2) Perkhidmatan Klinik Keluarga 24 jam percuma
3) Perkhidmatan Hospital pakar swasta percuma
4) Tabung pembedahan kronik & kecemasan
5) Pendidikan pra sekolah dan sekolah antarabangsa swasta percuma
6) Pendidikan universiti swasta percuma
7) Tabung biasiswa
8) Bimbingan usahawan percuma
9) Akses dana usahawan
10) Tabung misi usahawan global

Sekiranya anda pelabur yang bijak, pelaburan di KoPPIM bakal mensasarkan perkongsian keuntungan kepada ahlinya sehingga 15%.


Perjuangan Bersama Pada Skala Global


Titik permulaan berubah apabila beliau dipertemukan dengan Datuk Nadzim Johan (Toqqi) Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Toqqi menyambut baik perjuangan ini dan menawarkan gabungan usaha melalui platform KoPPIM (Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Dari gabungan ini, tercetuslah kempen sasaran dana dari 1 Juta ahli KoPPIM, dengan caruman RM100 sebulan bagi ahli KoPPIM.

Dana ini digunakan buat membina ekosistem baru kewangan Islam di mana jika umat Islam berjaya bergabung tenaga dalam kempen ini, manfaatnya akan dirasa oleh semula golongan masyarakat. InsyaAllah.

Pembebasan dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan Riba akan digantikan dengan sistem Ekonomi yang dimiliki pengguna.

Beliau menyasarkan menyediakan peluang 1 juta pengguna Islam untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun dan memberi ruang dan peluang 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 Juta melalui projek berimpak tinggi:
- 100 Malakat Mall,
- 5,000 Raudhah Grocer dan
- 100 Raudhah City.

Kempen gerakan KoPPIM kini mendapat sokongan penuh beberapa tokoh Muslim, diantaranya:

-Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi- Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),
-Haji Aminuddin bin Yahaya - Pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam),
juga mantan Pengerusi gabungan lebih 300 NGO-NGO Islam dan Melayu, iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
-Datuk Che Mat Che Ali, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dan ramai lagi.

Melalui sokongan padu dari tokoh-tokoh muslim tidak mustahil lebih ramai lagi tokoh muslim yang lain akan turut membantu mencapai matlamat ini.

Ayuh kita bergerak seiring dan bersatu mengubah ekosistem ekonomi muslim ke arah yang lebih realistik dan padu dengan cara anda melabur bersama KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) ini sekarang !

Sekian duhulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita dapat bersatu demi maruah umat Islam. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat untuk sertai KoPPIM, sila DAFTAR DI SINI !

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon