Ramai dikalangan mereka yang hidup pasti menghadapi masalah kewangan. Tetapi tak ramai yang tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.
Saya ingin berkongsi kepada anda cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan. Konsep M.A.S.A (bukan Masa) telah dikongsikan oleh Tuan Zaidi Ismail. Beliau merupakan Jurutera Kewangan dan juga merupakan pengasas
UrusInsan.
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat ini kepada anda yang mungkin bakal membuka minda anda untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.
Sekiranya anda ikut ke empat-empat langkah ini, tidak mustahil hidup anda lebih tenang dari sebelum ini.
Konsep M.A.S.A - Selesai Masalah Kewangan
Berikut adalah konsep yang cuba diketengahkan.
1) M - Matlamat Kewangan
Langkah pertama ialah anda perlu kenalpasti adalah apakah matlamat kewangan. Anda perlu pastikan apakah tujuan kewangan. Ia diumpanakan sebagai mengenalpasti destinasi kewangan yang anda ingin tuju.
Anda perlu tentukan melalui 3 faktor di bawah :
- (i) Perkara - Sebagai contoh : Menunaikan Haji
- (ii) Nilai - Kos menunaikan haji : RM20,000
- (iii) Tempoh - Bila kita akan mencapai simpanan RM20,000 ? Kita perlu tetapkan tempoh nilai terkumpul yang akan dicapai dengan jelas.
Anda hanya perlu tukarkan kepada matlamat untuk selesaikan hutang anda melalui 3 faktor di atas. Kemudian anda kira berapa jumlah hutang dan bila tempoh hutang anda akan selesai. Anda jelas ?
Kalau jelas, jom kita ke langkah kedua.
2) A - Analisa Keadaan Kewangan
Kemudian anda perlu buat analisa untuk mencapai matlamat kewangan. Anda perlu analisa..
- (i) Cabaran yang dihadapi sekarang yang memungkinkan matlamat kewangan anda terhalang.
- (ii) Aliran tunai yang perlu anda kira seperti gaji bersih berapa, simpanan yang anda miliki, perbelanjaan sebulan berapa dan sebagainya.
- (iii) Hutang sedia ada berapa ? Senaraikan semua hutang yang anda tanggung.
- (iv) Potensi yang anda ada untuk menyelesaikan masalah kewangan.
- (v) Harta sedia ada yang anda miliki.
- (vi) Alat kewangan yang sedang digunakan sekarang. Sebagai contoh bank, syarikat kredit dan lain-lain.
3) S - Solusi Kaedah/Teknik
Selepas itu anda cari solusi dan kaedah yang ada. Berikut adalah pilihan solusi yang dicadangan Tuan Zaidi Ismail yang anda boleh amalkan. Berikut adalah 8 teknik untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.
- (a) Teknik SNOWBALL - Anda selesaikan hutang kecil terlebih dahulu kemudian anda selesaikan hutang besar.
- (b) Jual Hutang - Konsep ini sama seperti jual beli. Sekiranya bank boleh jual hutang kepada kita, kita juga boleh menjual hutang kepada bank. Anda jual hutang untuk mengurangkan komitmen bulanan. Lebihan dari pengurangan komitmen anda selesaikan hutang kecil tadi dengan lebih pantas.
- (c) Stoozing - atau dalam bahasa melayu bermaksud Anjakan. Kalau kita ada beban, kita anjakkan beban tersebut sekiranya memenuhi ciri-ciri tertentu.
- (d) Platform - Anda satukan semua pendapatan dan menyelesaikan masalah hutang atau membina aset.
- (e) Ikuiti - Sekiranya anda mempunyai harta anda boleh menggunakan harta tersebut untuk melangsaikan hutang.
- (f) Hedging - Kaedah untuk menyelamatkan modal sedia ada tanpa menggunakan wang ringgit dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah hutang.
- (g) Balance Transfer - Sesuai untuk menyelesaikan masalah kad kredit.
- (h) Leveraging - Anda takalkan hutang anda kepada orang lain.
Keseluruhan teknik di atas tidak semestinya anda boleh diimplimentasi semuanya. Ia bergantung kepada latar belakang dan masalah kewangan anda tersendiri. Andai kata anda ingin mengetahui kesemua teknik yang dinyatakan di atas secara lebih mendalam anda boleh layari
www.urusinsan.info sekarang !
Baiklah....kita ke langkah keempat.
4) A - Alat Kewangan
Langkah terakhir adalah anda membuat pilihan alat kewangan yang sesuai untuk anda. Berikut adalah pilihan alat yang anda boleh gunakan. Anda perlu tahu cara menggunakannya dengan cara yang betul.
- (a) Personal Loan
- (b) Kad Kredit
- (c) Overdraf
- (d) Hartanah
- (e) ASBF
- (f) ....dan banyak lagi diluar sana.
Kesemua alat kewangan di atas hanya sebagai alat sahaja. Tidak semestinya anda perlu menggunakannya. Ia hanya sebagai pilihan sahaja. Sekiranya anda ingin tahu alat apa yang sesuai untuk masalah kewangan anda, saya galakkan anda hubungi Tuan Zaidi Ismail melalui portal pendidikan kewangannya di
urusinsan.info.
Kesimpulan
Pada pandangan saya konsep M.A.S.A yang diterangkan di atas adalah konsep yang cukup bijak bagi saya. Kebanyakan mereka yang ingin menyelesaikan masalah kewangan kebiasannya akan bertanyakan apakah alat kewangan terlebih dahulu TANPA mengetahui apakah matlamat kewangan mereka. Dengan mengikuti konsep ini, langkah untuk anda menyelesaikan masalah kewangan menjadi lebih mudah dan jelas.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sekiranya maklumat ini memberi manfaat kepada anda, saya mohon anda kongsikan post ini kepada rakan dan ahli keluarga anda.
Jumpa lagi. InsyaAllah. Sekian. Terima kasih.