9 Mindset Juara Dan Tabiat Jutawan



Kalau kegagalan menentukan kejayaan seseorang, saya akan pilih untuk gagal terlebih dahulu. Belum pernah lagi saya membaca anda mendengar kisah-kisah mereka yang berjaya melalui jalan mudah. Pasti anda panca roba yang mereka tempuhi. 

Tidak dinafikan kebanyakkan kisah kejayaan seseorang jutawan pasti akan menempuhi beberapa kegagalan sebelum menemui kejayaan.

Kekuatan minda dan semangat perjuangan yang tinggi menjadi nadi kepada kejayaan mereka.

Berikut saya kongsikan 9 mindset juara dan tabiat jutawan yang boleh memberi anda serba sedikit idea untuk sentiasa berada dalam medan perjuangan. Perjuangan untuk mengubah nasib kehidupan anda kelak.

9 mindset ini saya nukilkan kembali hasil dari pembacaan buku dari penulis En Afyan Mat Rawi (Islamic Financial Planner) yang bertajuk "FIRE: Financial Independence Retire Early"

[Diskaun] Kalau nak dapatkan buku di bawah ini anda boleh dapatkan sekarang. Sila KLIK DI SINI !



1) Melangkaui Jangkaan

Minda jutawan sentiasa melakukan sesuatu perkara melebihi apa yang telah ditetapkan. 

Sebagai contoh kita lihat perbandingan 3 individu berbeza ini. 

Individu A : Siapkan dalam tempoh seminggu ke dua minggu sebelum tarikh akhir. 

Individu B : Siapkan dalam masa sebulan, berdasarkan masa yang diberikan. 

Individu C : Kelewatan menyiapkan kerja yang diberikan. 

Anda rasa individu manakah yang memiliki minda dan tabiat seorang jutawan? 

2) Proaktif

Mereka sentiasa membuat perancangan dan tindakan awal untuk menghadapi situasi atau mencapai matlamat. 

Sentiasa mengambil inisiatif, merancang strategi dan bertindak sebelum masalah timbul atau sebelum keadaan menjadi sukar. 

3) Bertanggungjawab Penuh

Mereka bertanggungjawab seratus peratus setiap hasil dan keputusan yang mereka lakukan. 

Mereka tidak mudah menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan oleh ahli kumpulan mereka. 

Contoh senario yang mudah faham ialah apabila seseorang masuk kerja lambat ke pejabat atau hadir lewat sesuatu mesyuarat. Minda seorang juara akan terus mengaku ia adalah kesilapan dirinya sendiri dalam menyusun masa seperti mengatur perjalanan menuju ke pejabat atau lokasi pertemuan. 

4) Menangguhkan Kepuasan

Minda jutawan sentiasa menangguhkan kepuasan mereka. Mereka nampak hasil yang lebih besar pada masa akan datang berbanding dalam masa yang singkat. 

Sikap tidak mudah mengikut trend semasa sehingga terperangkap dalam kenikmatan sementara berbanding masa depan yang lebih baik. 

5) Jatuh Cinta Dengan Apa Yang Dilakukan

Dalam bahasa Inggeris diberi nama PASSION. Minda jutawan sentiasa jatuh cinta dengan kerja yang mereka sendiri minati. 

Mereka suka melakukan kerja walaupun tidak dibayar kerana jatuh cinta dengan apa yang dilakukan. 

Kalau anda ingin tahu kemahiran atau kerja yang anda cintai, cuba fikirkan apakah kerja yang kerap anda lakukan sejurus anda bangun dari tidur. 

Kemudian anda lakukan kerja itu sampai tahap tidak sedar masa telah berlalu.

Itulah salah satu minda jutawan. 


6) Integriti

Seseorang yang memiliki minda jutawan amat menitik beratkan jujur dan amanah dalam setiap urusan. Adalah satu kesilapan besar bagi mereka jika berlaku pecah amanah dan penipuan dalam usaha merealisasikan impian mereka.

Mereka sedar integriti akan lebih memberi keyakinan kepada orang di sekeliling nya dan seterusnya sebagai magnet kepada perniagaan ataupun pekerjaan yang mereka sedang lakukan. 

Role model paling tepat tentang integriti yang boleh dijadikan ikutan adalah baginda Rasulullah Shollallah Hu A'laihiwasallam. Sifat amanah yang baginda tunjukkan sehingga baginda digelar Al-Amin oleh para usahawan dan orang awam.

7) Buat Sampai Jadi

Minda jutawan tidak mudah putus asa. Jika mereka nak buat merek akan buat sampai jadi.

Walau apa jua rintangan yang datang, mereka tidak mudah berputus asa. 

Mereka percaya dengan usaha adalah tangga kejayaan dan Just do It. 

Bak kata pepatah... 

"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"

8) Kegagalan Adalah Proses

Seseorang yang mempunyai mindset jutawan tidak pernah menganggap kegagalan adalah titik noktah. Malahan kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang tidak pernah berkesudahan. 

Mereka belajar daripada kegagalan yang dialami dan berusaha sehabis baik memperbaiki atau menukar strategi demi mencapai objektif yang mereka ingin capai. 

Mereka terima segala kegagalan yang dilalui dengan berlapang dada tanpa mengalah atau mengundur diri. 

Semangat juang mereka cukup mantap dan menganggap kegagalan adalah batu loncatan untuk mereka bergerak lebih maju. 

9) Sangka Baik Terhadap Wang

Mereka yang memiliki minda jutawan sentiasa positif dengan keadaan sekeliling termasuk juga bersangka baik terhadap wang. 

Tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat di Malaysia salah faham tentang perkara ini. 

Mereka sangka jika hanya fikirkan wang sahaja mereka yang memiliki mindset jutawan dianggap cintakan dunia. 

Minda mereka telah tertanam dengan kisah mitos sejak kecil tentang salah faham mengenai wang. 

Zaman sekarang ini wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya perlu wang. 

Orang Islam harus setuju bahawa mahu tak mahu 4 rukun daripada 5 rukun Islam memerlukan wang. Setuju? 

Mindset jutawan adalah mereka yang tahu nilai wang, tahu setiap simpanan, pelaburan dan perbelanjaan mereka lakukan perlu diteliti kerana mereka tahu kesannya jika tersilap berbelanja. 


Kesimpulan

Buku penulisan En Afyan Mat Rawi yang bertajuk BMW (Bijak Merancang Wang) menyatakan dua faktor yang kita perlu ubah jika untuk berjaya dalam perancangan kewangan ialah faktor mindset dan habit. 

Kedua-dua faktor ini mempunyai empat aliran ataupun proses yang perlu dilalui iaitu pertama ialah kepercayaan, kemudian fikiran, yang ketiga tindakan dan terakhir iaitu hasil. Empat aliran ini sentiasa bermain dalam kehidupan kita dan ia berlaku tanpa kita sedar.

Jika kita berjaya mengubah mindset dan tabiat, insyaAllah jalan anda menuju kejayaan bakal sampai kelak. 

Semoga post ini memberi manfaat kepada anda. Selamat maju jaya. Sekian. Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *