Bank Islam Bakal Tamatkan Perkhidmatan "Go" dan BankIslam.biz Berkuatkuasa 28 Jun 2025
Kredit gambar : MajalahLabur
Baru-baru ini Bank Islam mengumumkan akan menamatkan aplikasi perbankan mudah-alih lama mereka, iaitu GO by Bank Islam, dan juga perkhidmatan perbankan internet BankIslam.biz berkuat-kuasa 28 Jun 2025.
Semakin lama Bank Islam semakin diyakini oleh rakyat Malaysia
Langkah ini dilakukan selari dengan fokus Bank Islam pada perkhidmatan baharu mereka, BIMB Mobile dan juga perkhidmatan BIMB Web yang telah diperkenalkan pada November 2024 yang lepas. Ia dikatakan sekitar 90% telah beralih ke platform perbankan baharu.
Bank Islam telah memberi notifikasi kepada pengguna-pengguna perbankan BankIslam.biz agar segera beralih kepada versi baru ke BIMB Mobile dan BIMB Web yang lebih padu dan mesra pengguna.
Selepas ini Bank Islam akan lebih gah dengan gayanya yang tersendiri.
Semoga memberi sinar baru buat pengguna setia Bank Islam.
Oh yang ! Bank Islam masih membuka peluang kepada anda yang ingin membuka akaun Bank Digital bernama Be U dan bersama-sama menjana pendapatan tambahan bagi setiap pengguna baru yang mendaftar di bawah Referral ID anda kelak.
Peluang ini masih sah sehingga December 2025 atau mana-mana sasaran yang telah capai terlebih dahulu.
Maklumat lanjut sila layari DAFTAR BE U DISINI!
Sumber : Amanz


No comments:
Post a Comment