Salam hormat ;
Sila jawab soalan di bawah ini sejujurnya :
- Pernahkah pasangan ataupun rakan kongsi anda komplen bahawa anda berbelanja terlalu banyak ?
- Pernahkah anda menerima bil kad kredit dan anda terkejut kerana ia melebihi apa yang anda sangkakan ?
- Pernahkah anda melihat di dalam almari baju anda terdapat banyak kasut dan baju yang masih banyak lagi yang belum dipakai ?
- Pernahkah anda membeli sesuatu yang tidak dirancang tetapi setelah ke sesebuah kedai anda boleh terbeli dek kerana paparan barang di kedai itu sendiri ?
- Pernahkah anda mempunyai tabiat membeli gadget yang terbaru sehinggakan belum pun sempat gadget2 di kedai sempat berhabuk ( laku macam pisang gorenglah katakan ) ?
Jika semua jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah "YA", ia boleh dikategorikan perbelanjaan mengikut gerak hati ataupun nafsu.
Ini bukan satu perkara yang baik sebenarnya. Ia akan mencegah anda daripada menyimpan wang untuk perkara-perkara yang lebih penting seperti rumah, kereta baru, percutian dan skim persaraan. Anda perlu menetapkan matlamat kewangan dan cuba elakkan berbelanja sesuatu perkara yang bukan untuk jangka masa panjang.
Berbelanja mengikut hati bukan sahaja memberi masalah kepada kewangan, malah ikatan perhubungan juga bakal menjadi renggang. Untuk mengatasi masalah ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memisahkan perbelanjaan antara keperluan dan kemahuan.
Apabila anda ingin membeli-belah, cuba buat perancangan dengan menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli dan bawa lah wang tunai yang mencukupi. Saya nasihatkan tinggalkan kad kredit anda di rumah.
Jika anda melihat sesuatu yang benar-benar perlu, berikan tempoh dua minggu untuk menentukan ia adalah sesuatu yang sangat diperlukan. Dengan cara ini ia akan dapat memperbaiki kewangan anda dan seterusnya hubungan anda.
Semoga perkongsian yang ringkas ini sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih.