Friday, 14 May 2021

5 Tip Asas Pengurusan Kewangan


Apabila kita berbicara tentang topik kewangan, ia sebenarnya satu topik yang membosankan bagi sebilangan besar manusia. Kegagalan mengurus kewangan sebenarnya menjadi asbab kenapa ramai yang semakin lama hidup semakin susah.


Walaupun ilmu kewangan seharusnya difahami walaupun hanya sekadar asas, insyaAllah kesan kepada kebijaksanaan mengurus kewangan menjadi baik dan selamat. Ia terpulang kepada individu masing-masing untuk mengubah corak pengurusan kewangan yang lebih baik.


Ada sebilangan individu yang berfikiran "Jika mahu kaya, buatlah bisnes !". Pada pandangan saya pendapat ini bukanlah seratus peratus tidak betul. Sebenarnya di Malaysia terdapat ramai juga individu yang hanya bekerja makan gaji menjadi kaya raya dan hidup bebas hutang. Ia memang wujud. 


Anda juga mampu mencapai bebas kewangan walaupun hanya makan gaji. Ia tidak mustahil berlaku jika anda mengubah corak pemikiran anda tentang topik pengurusan kewangan.


Berikut saya kongsikan 5 tips asas pengurusan kewangan untuk anda amalkan. Tip ini dikongsikan oleh Tuan Erman Taib dari IReal Academy.



5 Tip Asas Pengurusan Kewangan

Saya harap perkongsian tip ini membantu anda.


1) Simpan Dulu Belanja Kemudian


Sebilangan kecil ibu bapa akan mengajar anak mereka agar menyimpan duit dalam tabung. Setiap baki duit belanja sekolah hendaklah disimpan dalam tabung. Tidak semua ibu bapa yang sedar bahawa kesan mengajar anak-anak tentang kuasa menyimpan ini boleh membuatkan minda anak mereka menjadi kuat untuk terus menyimpan sehingga dewasa kelak.

Pada tip pertama ini, secara asasnya menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja adalah satu langkah bijak. Kebiasaanya peratus simpanan sebanyak sepuluh peratus (10%) dari gaji adalah kadar mininum yang pakar kewangan cadangkan. 

Anda simpan dulu wang sebelum berbelanja. Baki selepas simpanan itulah yang akan ditentukan bajet kewangan pada bulan tertentu. Anda dapat tak maksud tip yang pertama ini.





2) Senaraikan Setiap Pendapatan dan Perbelanjaan



Jika dibaca tip ini mungkin terlintas di minda anda, nak buat perkara ni memang leceh bukan. Senaraikan setiap pendapatan dan perbelanjaan merupakan tips kedua untuk anda amalkan. Memang leceh sebenarnya tetapi jika anda faham matlamat kewangan anda, anda akan tetap lakukannya.




3) Keperluan ataupun Kehendak


Dari senarai yang anda telah lakukan pada tips kedua tadi, anda berdasarkan keperluan ataupun kehendak. Jenis keperluan sebagai contoh hutang rumah atau sewa rumah, bil letrik, api, air, telefon. Conoth kehendak seperti Astro, Netflix dan lain-lain yang anda rasa ia hanya satu keperluan.

Pentingkah untuk anda bezakan keperluan ataupun kehendak ini ?

Ia sangat penting untuk membuat perbezaan yang mana satukah kehendak dan keperluan. Kefahaman untuk tahu membezakan keduanya akan menentukan yang manakah sepatutnya anda perlu lakukan penjimatan untuk perbelanjaan anda.



4) Fokus Aset Yang Menjana Pendapatan


Sekarang kita akan pergi ke tip keempat iaitu aset yang menjana pendapatan. Dalam ilmu perakaunan yang saya belajar sewaktu di peringkat sekolah menengah suatu ketika dulu, terdapat dua jenis utama dalam perakaunan iaitu Aset ataupun Liabiliti.

Aset adalah sesuatu yang kita belanjakan memberi keuntungan dan Liabiliti adalah sesuatu kita belanjakan memberi kerugian.

Apabila anda telah selesai melakukan tip yang ketiga di atas, anda ke peringkat untuk fokus aset yang menjana pendapatan pula.

Dalam kehidupan kita ini hanya ada 3 pilihan iaitu ...

  • Anda jimatkan perbelanjaan
  • Anda tambah pendapatan
  • Anda jimatkan perbelanjaan dan tambah pendapatan

Anda yang tentukan pilihan anda.

Sebagai contoh aset yang menjana pendapatan seperti kereta. Jika kereta anda tidak gunakan untuk mendapatkan hasil, ia merupakan kerugian. Sebagai contoh, mungkin kereta anda gunakan untuk membuat servis penghantaran barang seperti di LalaMove, J&T, Grab Car dan sebagainya.

Ataupun contoh lain untuk servis penghantaran makanan seperti Food Panda bagi anda yang memiliki motorsikal. Pokok pangkalnya anda pandai menggunakan aset yang anda miliki untuk dimanfaat sebagai medium menjana pendapatan.



5) Tabungan


Masih lagi dalam konsep menyimpan seperti mana tip yang pertama, cuma pada tip yang kelima ini anda perlu miliki sasaran ataupun target menyimpan. Sebagai contoh, anda ingin pegi melancong ke luar negara pada setiap hujung tahun pada bulan December. 

Berapa kos yang anda perlu sediakan sekiranya anda ingin melancong untuk satu keluarga anda. Dari nilai kos tadi anda mula menabung berapa nilai wang yang anda perlu simpan setiap bulan.

Nampak ringkas bukan, tetapi jika anda disiplin mempraktikkan tip ini, setiap tahun sekurang-kurangnya sekali anda akan membawa keluarga anda makan angin.




Kesimpulan


Kembali kepada asas atau Back to Basic untuk faham asas pengurusan kewangan yang sebenar. Sekiranya asasnya kukuh dan betul, insyaAllah setiap halangan yang berlaku mudah dihadapi. 

Saya berharap artikel blog saya kali ini membuka minda anda untuk faham tentang asas pengurusan kewangan betul. Semoga kita bertemu lagi pada artikel yang lain. Terima kasih. Jumpa lagi !

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon